Kuasa kebangkitan The Citizens

Oleh – Syeikh Baran


Kuasa kebangkitan The Citizens
FODEN dan Haaland mengetuai kebangkitan City apabila berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah aksi derbi Manchester apabila menundukkan United awal pagi semalam. – AFP

Pengendali Manchester City, Pep Guardiola melabelkan aksi pemain mudanya, Phil Foden sebagai berkelas dunia selepas mempamerkan aksi cemerlang ketika membenam Manchester United 3-1 di Etihad awal pagi semalam.

Kemenangan itu menyaksikan City terus menekan kedudukan Liverpool sebagai pendahulu liga apabila hanya ketinggalan satu mata di belakang pasukan itu sekali gus perhitungan di Anfield minggu depan mungkin bakal menjadi penentu.



Pada aksi tersebut, City terlebih dahulu ketinggalan menerus jaringan menarik Marcus Rashford pada minit kelapan, namun Foden mula mencetuskan kebangkitan City menerusi gol pertama pada minit ke-56 sebelum menambah gol kedua minit ke-80 sebelum Erling Haaland melengkapkan malam gemilang tersebut.

“Ketika ini, dia (Foden) adalah pemain terbaik dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL). Untuk menjadi pemain terbaik dunia, anda perlu memenangi setiap perlawanan. Dia menjaringkan gol dan juga membantu pasukan menang.

“Apabila anda berjaya mendapatkan kelebihan ini, tahap anda sebagai pemain akan meningkat. Dia sudah menjadi seorang pemain legenda pada usia yang muda, perlawanan yang dilalui, minit permainan dan jaringan serta gelaran yang dimiliki adalah luar biasa.

“Pada saya, dia adalah pemain terbaik musim ini. Saya menghormati dan menghargai sumbangan pemain lain, namun tidak ada yang dapat menandingi apa yang dilakukan Foden musim ini,” katanya.



Pemain yang digelar ‘The Sniper’ itu terus mendapat pujian melambung Guardiola yang menganggap Foden sudah berjaya meningkatkan tahap permainan terutama mengenai aspek penguasaan pada bahagian tengah.

“Dia sentiasa bermula dengan agresif terutama di hadapan gol pasukan lawan dengan kelincahan dan cara dia menggelecek bola. Sekarang dia menjadi semakin matang apabila turut terlibat dalam kerja-kerja bertahan.

“Foden sentiasa turun dengan mentaliti kemenangan, sebab itu dia adalah pemain yang penting buat kami dan pasukan kebangsaannya,” jelas Guardiola.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading