Polis minta beri ruang siasat usahawan dirompak

Oleh – Syeikh Baran


Polis minta beri ruang siasat usahawan dirompak
Gambar Hiasan

Polis Kuala Lumpur meminta agar diberikan ruang untuk menjalankan siasatan selanjutnya berhubung siasatan kes pecah rumah seorang ahli perniagaan yang mengalami kerugian RM3.5 juta di Padang Balang, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, siasatan lanjut perlu dilakukan ekoran pihaknya percaya ada perkembangan positif pada masa terdekat ini.



“Siasatan masih dijalankan bagi mengesan suspek terlibat dalam kejadian itu. Bagi ruang kepada polis untuk jalankan siasatan.

“Kita percaya akan ada perkembangan positif dalam masa terdekat ini,” katanya selepas majlis Hi Tea bersama pengamal media anjuran Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang ahli perniagaan wanita kerugian RM3.5 juta selepas peti besi yang mengandungi jongkong emas dan wang tunai dilarikan penjenayah pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah dilaporkan berkata, suspek turut melarikan beberapa buah beg tangan pelbagai jenama dalam kejadian antara pukul 10 malam dan 12 tengah malam itu.



Sehubungan itu, polis mengesahkan akan menjalankan siasatan secara menyeluruh termasuk ambil keterangan ahli keluarga usahawan wanita terbabit.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button