Bilionair 92 tahun mahu kahwin lagi

Oleh – Syeikh Baran


Bilionair 92 tahun mahu kahwin lagi
MURDOCH (kanan) dan Zhukova. – Foto Getty Images/BFA/Shutterstock

Bilionair industri media, Rupert Murdoch  yang berusia 92 tahun mengumumkan kelmarin bahawa beliau merancang mengahwini teman wanitanya, Elena Zhukova pada Jun ini, lapor akbar The New York Times.

Zhukova yang berumur 67 tahun berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) dari Russia dan merupakan bekas ahli biologi..



Jarak umur wanita itu adalah suku abad lebih muda daripada Murdoch, lapor akhbar tersebut.

Murdoch telah berkahwin empat kali sebelum ini.

Tahun lalu, beliau mengumumkan pertunangannya dengan pengacara radio, Ann Lesley Smith tetapi kemudian membatalkan perkahwinan mereka.

Akhbar itu melaporkan,  anak perempuan bakal isterinya, Dasha Zhukova ialah  seorang usahawan  dan pernah berkahwin dengan hartawan Russia, Roman Abramovich.



Perkahwinan Murdoch dilaporkan akan berlangsung di rumah dan ladang anggur miliknya di California.

Perkahwinan terakhir Murdoch adalah dengan model terkenal, Jerry Hall yang pernah hidup bersama penyanyi Rolling Stones, Mick Jagger.

Murdoch yang mempunyai enam orang anak, pertama kali berkahwin dengan seorang pramugari Australia, Patricia Booker  tetapi bercerai pada akhir tahun 1960-an. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading