Hari Wanita Bukan Hari Mempromosikan LGBTQ

Hari Wanita Bukan Hari Mempromosikan LGBTQ

Hari Wanita Bukan Hari Mempromosikan LGBTQ

 

Setiap tahun, negara-negara di dunia akan menyambut Hari Wanita pada 8 Mac.

Tujuan sambutan Hari Wanita adalah untuk meraikan kejayaan dan pencapaian kaum wanita dalam pelbagai bidang.



Kita kini berada dalam dunia yang tidak boleh menafikan kejayaan dan pencapaian kaum wanita dalam pelbagai peringkat.

Dari peringkat keluarga hinggalah ke peringkat negara, malah di peringkat antarabangsa, pasti ada jasa dan sumbangan dari kaum wanita.

Minggu lepas, tular kononnya pihak polis enggan memberikan kebenaran kepada beberapa orang aktivis untuk mengadakan himpunan Women’s March Malaysia 2024 (WMM 2024).

Aktivis Maria Chin Abdullah mendakwa polis enggan menerima notis daripada penganjur dan menyifatkan tindakan itu melampaui garis kuasa serta tidak boleh diterima.



Realitinya adalah notis yang dihantar kepada pihak polis adalah tidak lengkap.

Namun begitu, pihak polis tetap memberikan kebenaran kepada penganjur tetapi telah menetapkan beberapa garis panduan yang mesti dipatuhi.

Tetapi sudah menjadi perangai NGO dan aktivis yang merasakan mereka berada di atas undang-undang.

Garis panduan yang ditetapkan oleh pihak polis tidak diendahkan.



Ekoran itu, pihak polis sudah membuka kertas siasatan terhadap penganjur WMM 2024.

Kertas yang menyentuh isu sensitif seperti memperjuangkan LGBTQ dipamerkan secara terang tanpa perasaan malu.

Berselindung di sebalik kebebasan hak asasi, golongan songsang ini cuba mempromosikan hak LGBTQ.

Penulis tidak pasti sama ada mereka ini haiwan yang bertopengkan manusia atau manusia yang lebih buruk akhlaknya dari haiwan.



Haiwan yang tidak ada akal pun tidak pernah mengamalkan kehidupan songsang LGBTQ.

Hari Wanita bukanlah hari untuk mempromosikan kehidupan songsang LGBTQ.

Betullah pesanan orang lama, dalam dunia haiwan tidak ada manusia tetapi dalam dunia manusia ada banyak haiwan.

 



Hari Wanita Bukan Hari Mempromosikan LGBTQ

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button