Keputusan RoS Belum Tahu Tapi PPBM Dan PAS Dah Mula Bertinju

Keputusan RoS Belum Tahu Tapi PPBM Dan PAS Dah Mula Bertinju

Keputusan RoS Belum Tahu Tapi PPBM Dan PAS Dah Mula Bertinju

Sebaik sahaja pindaan perlembagaan parti PPBM diluluskan di peringkat parti, ianya telah dihantar kepada RoS untuk mendapatkan kelulusan.

Menurut ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, DS Ahmad Maslan, beliau menjangkakan sekira segalanya teratur, tidak ada masalah untuk RoS meluluskannya.

Beliau berkata begitu atas pengalaman beliau sebagai bekas Setiausaha Agung UMNO ketika menguruskan pindaan perlembagaan UMNO.



Boleh kita membuat andaian pindaan perlembagaan PPBM akan mendapat kelulusan dari RoS.

3 pindaan yang dibuat PPBM melibatkan Fasal 10.4, 10.5 dan 10.6.

Sekiranya mendapat kelulusan, Setiausaha Agung PPBM boleh mengeluarkan arahan supaya kesemua ahli parlimen tersebut menarik balik sokongan kepada kerajaan.

Sekiranya enggan, dengan arahan baharu, mereka boleh diheret ke mahkamah dan dikenakan denda serta kerusi mereka diisytiharkan kosong.



Ini sebenarnya yang sedang dirancang oleh kepimpinan PPBM.

Keengganan 6 ahli parlimen tersebut juga akan membuka laluan kepada pilihanraya kecil di kesemua parlimen yang dikosongkan.

Tetapi sebenarnya, perjalanan untuk pilihanraya kecil masih lagi jauh.

Selepas pindaan diluluskan oleh RoS, Setiausaha Agung PPBM perlu mengeluarkan surat arahan parti.



Selepas itu, ianya perlu dibicarakan di mahkamah untuk mendapatkan perintah mahkamah.

Kekosongan hanya akan berlaku sekiranya mahkamah berpendapat 6 orang ahli parlimen tersebut telah melanggar perlembagaan parti.

Namun 6 orang ahli parlimen tersebut, masih lagi boleh merayu di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Sekiranya kedua-dua mahkamah tersebut mengekalkan keputusan kekosongan kerusi, maka semakan kehakiman pula boleh dilakukan.



Hanya selepas semua proses tersebut, barulah Setiausaha Agung boleh memaklumkan kepada YDP Dewan Rakyat.

Kemudian YDP Dewan Rakyat perlu mengisytiharkan kekosongan kerusi di 6 parlimen tersebut.

Kemudian YDP Dewan Rakyat akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya untuk ditetapkan tarikh pilihanraya kecil.

Perjalanan masih jauh, tetapi sudah berlaku perbalahan antara PPBM dan PAS mengenai siapa yang lebih layak meletakkan calon.



Memang PPBM lebih berhak, tetapi PAS lebih kuat untuk memastikan kerusi tersebut dikekalkan.

Sila bertinju dulu, bila dah lebam baru buat keputusan.

Keputusan RoS Belum Tahu Tapi PPBM Dan PAS Dah Mula Bertinju

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button