Bila Mantan PM Tak Tau Undang Undang

Bila Mantan PM Tak Tau Undang Undang

Bila Mantan PM Tak Tau Undang Undang

 

Ketika perbahasan titah SPB YDP Agong di Dewan Rakyat, Ismail Sabri telah memberikan jawapan kepada kita semua kenapa beliau sebenarnya tidak layak menjadi perdana menteri.

Pada pendapat penulis, tidak boleh disalahkan Ismail Sabri sebab beliau menjadi perdana menteri pun sebagai kesinambungan kerajaan tebuk atap.



Dan beliau mendapat jawatan perdana menteri pun kerana sanggup menggadaikan maruah parti dan diri.

Sanggup memberikan peluang kepada musuh politik mengumpulkan kekuatan sebelum membubarkan Dewan Rakyat.

Juga beliau sanggup menjadikan DS Najib yang selama ini banyak membantu beliau sebagai cagaran untuk jawatan perdana menteri.

Itu belum lagi diambil kira bagaimana beliau sanggup menjadi boneka kepada Muhyiddin.



Paling mengejutkan, bagaimana baru-baru ini seorang mantan perdana menteri dan juga pengamal undang-undang boleh bertanyakan soalan yang tidak berpelembagaan dalam Dewan Rakyat.

Ismail Sabri bertanya kepada kerajaan apakah benar dalam permohonan pengampunan DS Najib ada lampiran yang memohon agar beliau menghabiskan baki hukuman sebagai tahanan di rumah.

Malah beliau juga bertanya apakah keputusan Lembaga Pengampunan atas permohonan tersebut.



Penulis tidak boleh hadam bagaimana seorang mantan perdana menteri boleh bertanya soalan sebegitu.

Bukankah apa yang dibincangkan semasa persidangan antara YDP Agong dengan Lembaga Pengampunan adalah rahsia di bawah OSA.

Mana mungkin kerajaan akan mendedahkan perincian perbincangan tersebut secara terbuka walau pun di dalam Dewan Rakyat.

Dan bukankah Lembaga Pengampunan sudah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai keputusan tersebut.



Jadi apa masalah Ismail Sabri?

Adakah beliau tidak tahu atau tidak faham undang-undang?

Kalau betul tidak tahu atau tidak faham, apa yang beliau belajar di Universiti Malaya dahulu?

Bagaimana beliau menjadi perdana menteri kalau tidak faham undang-undang?



Mungkin Ismail Sabri boleh kata beliau sekadar bertanya.

Kalau begitu penulis pun boleh tanya Ismail Sabri.

Betulkah bekas menantu beliau gay?

Betulkah beliau bergolek-golek minta gelaran Tun dari kerajaan?



Kalau tak betul, jangan marah sebab penulis sekadar bertanya.

 

Bila Mantan PM Tak Tau Undang Undang

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button