Hentikan Perjuangan Politik Yang Dangkal

Hentikan Perjuangan Politik Yang Dangkal

Hentikan Perjuangan Politik Yang Dangkal

 

Untuk mendapatkan sokongan, sebuah parti politik mesti menawarkan agenda perjuangan yang tepat dengan keadaan dan masa.

Pemimpin parti politik pula adalah ibarat jurujual yang mempromosikan produk perjuangan parti politik yang mereka wakili.



Masyarakat mesti diyakinkan dengan keupayaan parti yang mereka wakili untuk memperjuangkannya.

Paling penting, isu yang diperjuangkan adalah isu masyarakat yang terkini dan bukannya isu yang sudah lapuk.

Inilah sebenarnya yang menjadi punca utama mengapa UMNO semakin tidak mendapat sokongan dari masyarakat Melayu.

Pemimpin UMNO terutamanya dari sayap UMNO kini dilihat semakin lesu dan ketinggalan dalam memperjuangkan isu terkini masyarakat Melayu.



Cuba kita imbas kembali sejarah perjuangan UMNO di era 40’an, 50’an, 60’an dan 70’an.

Mengapa ketika itu UMNO mendapat sokongan yang cukup padu dari masyarakat Melayu?

Kehidupan masyarakat Melayu ketika itu sangat tertekan dengan ancaman kezaliman penjajah dan komunis.

Pemimpin UMNO ketika itu tampil sebagai pejuang yang memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu untuk membebaskan kehidupan masyarakat Melayu dari kezaliman penjajah dan komunis.



Selepas Tanah Melayu merdeka, ancaman kezaliman komunis masih berterusan dan UMNO memberikan fokus untuk menanganinya.

Allahyarham Tun Abdul Razak melakukan kunjungan ke negara China untuk meminta China menghentikan bantuan kepada komunis.

Beliau berjaya dan akhirnya komunis menjadi lemah dan tidak ada pilihan selain dari meletak senjata.

UMNO dilihat sebagai penyelamat kepada bukan sahaja masyarakat Melayu, tetapi juga rakyat Malaysia.



Perjuangan UMNO Semakin Tersasar

 

Tetapi kini, perjuangan UMNO dilihat sudah makin tersasar.

Satu contoh yang mudah, Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal, begitu garang dalam beberapa isu yang sangat remeh.

Beliau bertegang urat dalam isu Bak Kut Teh.



Persoalannya, apakah kaitan isu Bak Kut Teh dengan kehidupan masyarakat Melayu sekarang?

Kalau pun Bak Kut Teh diisytiharkan sebagai makanan warisan masyarakat Malaysia, adakah kehidupan masyarakat Melayu akan terjejas?

Kesannya, UMNO kini bukan sahaja hilang keyakinan masyarakat Melayu, tetapi juga dari masyarakat bukan Melayu.

UMNO kini dilabel sebagai sebuah parti perkauman.



Senario politik negara hari ini menunjukkan tidak mungkin UMNO dapat membentuk kerajaan sendirian tanpa sokongan masyarakat bukan Melayu.

Begitu juga sebaliknya.

Isu ekonomi masyarakat Melayu adalah isu yang lebih besar dari isu Bak Kut Teh.

Tetapi Dr Akmal yang begiru lantang dalam isu Bak Kut Teh, membisu seriba bahasa.

Baru-baru ini, Pengerusi Bursa Malaysia, Abdul Wahid Omar berkata hanya 1 dari 97 syarikat yang disenaraikan adalah milik Bumiputera.

Soal Wahid lagi, selepas 6 dekad dengan pelbagai dasar pemerkasaan ekonomi Bumiputera, apakah ini hasilnya.

Dari kenyataan Wahid, sudah terbukti dasar pemerkasaan ekonomi Bumiputera telah gagal dan kek ekonomi tidak dapat dinikmati dengan saksama.

Inilah isu yang sepatutnya menjadi agenda utama perjuangan UMNO.

Tetapi di manakah suara Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri UMNO?

Mengapa tidak diberikan cadangan kepada kerajaan supaya dasar pemerkasaan Bumiputera dapat diperkemaskan lagi?

Mungkinkah Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri UMNO masih lagi tidak faham dengan maksud perjuangan untuk agama, bangsa dan tanah air?

Jika jawapannya ya, maka tunggulah masanya orang Melayu sendiri akan memindahkan UMNO ke muzium.

 

Hentikan Perjuangan Politik Yang Dangkal

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading