Adakah Hadi Anti Monarki?

Adakah Hadi Anti Monarki

Adakah Hadi Anti Monarki?

 

Setiausaha politik presiden PAS, Hadi Awang, Syahir Sulaiman mengesahkan dua pegawai polis Bukit Aman menghabiskan masa sejam di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Kehadiran mereka adalah untuk mengambil keterangan dari Hadi berhubung siasatan kes-kes yang melibatkan isu 3R.



Hadi disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ianya berhubung kenyataan beliau yang menyentuh Raja Raja Melayu beberapa hari lalu.

Kenyataan dibuat Hadi telah menarik perhatian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin, yang menzahirkan rasa amat dukacita baginda.

Tulisan Hadi dalam akaun Facebook beliau bertarikh 20 Februari 2024, jelas menunjukkan kebiadaban beliau terhadap institusi Raja Raja Melayu.



Dalam tulisan tersebut, Hadi mengingatkan Raja Raja Melayu supaya berwawasan akhirat dengan bijaksana dan bukan memandang kepentingan dunia.

Untuk rekod, ini bukanlah kalin pertama Hadi mengeluarkan kenyataan yang menghina institusi Raja Raja Melayu.

Pada bulan Ogos 2023, ketika berceramah di Bakri, Muar, Johor, Hadi telah mempertikaikan kuasa pengampunan Raja Melayu.

Beliau berkata, pihak yang berhak memberikan pengampunan ialah ahli keluarga seseorang yang menjadi mangsa jenayah, bukannya lembaga pengampunan.



Ketua Polis Negara, Razaruddin Husain memaklumkan kertas siasatan kes tersebut sudah dilengkapkan dan sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Tetapi hingga ke hari ini, kesudahan kertas siastan kes tersebut masih tidak diketahui.

Tidak dapat dipastikan sama ada Jabatan Peguam Negara memulangkan semula kepada pihak polis atau menklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA).

Timbul persoalan, apakah kes 3R terbaharu Hadi juga akan senyap begitu sahaja sebagaimana sebelumnya?



Persoalan yang lebih besar buat penulis, adakah Hadi adalah seorang yang anti monarki?

Kalau benar, bukankah sistem Raja Berpelembagaan adalah sistem pentadbiran yang diperakui dalam perlembagaan kita?

Dan sebagai seorang ahli parlimen, bukankah beliau sudah mengangkat sumpah untuk mempertahankan Perlembagaan Malaysia?

Tidakkah orang yang bersumpah tetapi mengkhianatinya dan orang yang bercakap bohong adalah antara ciri-ciri munafik?



 

Adakah Hadi Anti Monarki?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading