Hadi Utus Warkah Kepada Sultan Selangor Tetapi Sudah Terlambat

Hadi Utus Warkah Kepada Sultan Selangor Tetapi Sudah Terlambat

Hadi Utus Warkah Kepada Sultan Selangor Tetapi Sudah Terlambat

 

Presiden PAS, Hadi Awang mengutuskan warkah Menjunjung Kasih kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pejabat Presiden PAS dalam kenyataan ringkas memaklumkan, warkah tersebut diserahkan kepada Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin, Muhamad Munir Bani.



29 Februari lalu, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan Hadi.

Kenyataan tersebut ditujukan kepada alim ulama, peguam, hakim, ahli-ahli parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta Raja-Raja Melayu.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Hadi itu bertajuk Ketinggian Islam Wajib Di Pertahankan pada 20 Februari lalu di akaun rasmi beliau di Facebook.

Menurut Muhamad Munir, baginda menzahirkan dukacita itu menerusi satu surat yang diutuskan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Halim bertarikh 27 Februari.



Surat lima halaman itu juga menyebut, kenyataan Hadi bukan sahaja mengelirukan.

Malah boleh membawa kegelisahan yang akhirnya boleh menjurus kepada perpecahan kepada perpaduan umat Islam.

Khususnya dalam kalangan orang Melayu di negara ini.

Baginda turut menasihatkan supaya Hadi lebih berhati-hati di masa hadapan.



Agar tidak mengulangi perbuatan menghina Raja Melayu melalui kenyataan beliau yang boleh memecahbelahkan umat Islam di negara ini.

Hadi kini sedang disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Adakah hanya selepas pihak berkuasa mengambil tindakan, baharu Hadi mahu mengutuskan Warkah Menjunjung Kasih?

Mengapa beliau tidak mengutuskan warkah tersebut lebih awal sebagai tanda keikhlasan beliau?



 

Hadi Utus Warkah Kepada Sultan Selangor Tetapi Sudah Terlambat

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading