Wan Saiful Terlepas Tindakan Dari Dewan Rakyat Tapi Berhadapan Hukuman Denda & Penjara Bawah Akta SPRM

Wan Saiful Terlepas Tindakan Dari Dewan Rakyat Tapi Berhadapan Hukuman Denda & Penjara Bawah Akta SPRM

Wan Saiful Terlepas Tindakan Dari Dewan Rakyat Tapi Berhadapan Hukuman Denda & Penjara Bawah Akta SPRM

 

Ahli parlimen Tasek Gelugor dari PPBM, Wan Saiful Wan Jan, akhirnya mengaku telah menipu semasa membahaskan titah YDP Agong di Dewan Rakyat.

Beliau telah meminta maaf dan menarik balik tuduhan perdana menteri yang setiap minggu nmenghadap YDP Agong adalah korup kerana menyalahgunakan kuasa.



Sama ada permohonan maaf dari Wan Saiful ikhlas atau kerana bimbang digantung selama 6 bulan, bukan urusan kita.

Fakta yang terbentang di hadapan mata adalah beliau memohon maaf selepas ahli parlimen Bagan Datuk, DS Zahid, mengusulkan supaya beliau digantung selama 6 bulan.

Ketika persidangan disambung sebelah petang, Wan Saiful segera mencelah untuk meminta maaf.

Beliau juga memaklumkan menarik balik kenyataan beliau.



Sehubungan dengan itu, DS Zahid menarik balik usul untuk menggantung Wan Saiful selama 6 bulan.

Isu itu boleh dianggap sudah selesai di peringkat Dewan Rakyat.

Urusan Dengan SPRM Belum Selesai

 

Mungkin Wan Saiful boleh menganggap urusan beliau dengan Dewan Rakyat sudah selesai.



Tetapi beliau masih belum boleh menarik nafas lega kerana urusan beliau dengan SPRM mungkin belum selesai.

Mengikut Perkara 25 Akta SPRM 2009, pihak yang telah ditawarkan sogokan, WAJIB membuat lapurann kepada SPRM.

Gagal membuat lapuran kepada SPRM, denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan.

Mungkin oleh sebab itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, memberikan Wan Saiful tempuh selama satu minggu untuk hadir ke SPRM.



Sama ada akta tersebut boleh mengatasi imuniti ahli parlimen yang berucap di dalam Dewan Rakyat atau tidak, penulis tidak pasti.

Penulis yakin pakar undang-undang SPRM mempunyai jawapannya.

Walau bagaimanapun, pengajaran untuk semua ahli politik, fitnah pasti membawa padah.

Tidak selamanya dan semua rakyat boleh diperbodohkan dengan fitnah murahan.



 

Wan Saiful Terlepas Tindakan Dari Dewan Rakyat Tapi Berhadapan Hukuman Denda & Penjara Bawah Akta SPRM

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading