Lori bawa muatan cecair kimia bocor di Tapah

Oleh – Syeikh Baran


Lori bawa muatan cecair kimia bocor di Tapah
PASUKAN Hazmat memeriksa sebuah lori membawa muatan cecair kimia methanol telah mengalami kebocoran pada bahagian bawah tangki jentera berat itu dalam kejadian di susur keluar ke Tapah arah Utara, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) petang tadi. – Foto BOMBA

Sebuah lori membawa muatan cecair kimia methanol telah mengalami kebocoran pada bahagian bawah tangki jentera berat itu dalam kejadian di susur keluar ke Tapah arah Utara, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu kira-kira pukul 2.45 petang.



“Pihak syarikat bertanggungjawab terhadap lori tersebut telah menghantar dua lori tangki lain bagi proses pemindahan bahan dengan dipantau oleh Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Balai Bomba dan Penyelamat Bidor dan Pasir Puteh.

“Pasukan Hazmat mengesahkan proses pemindahan bahan kimia itu selamat dan dilakukan secara manual tanpa menggunakan sebarang pam.

“Semburan air pada bahagian bocor pada lori tersebut terus dilakukan dan perancangan seterusnya ialah mengalihkan trak tersebut ke kawasan kawasan rawat dan rehat (R&R) Tapah untuk melancarkan aliran lalu lintas,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading