Muhyiddin Buka Pekong Sendiri

Muhyiddin Buka Pekong Sendiri

Muhyiddin Buka Pekong Sendiri

 

Muhyiddin kini ibarat sedang membuka pekong sendiri untuk tuntunan umum.

Ketika menyampaikan ucapan di Konvensyen Wakil-Wakil Rakyat PN 2024, Muhyiddin mencabar kerajaan supaya mengisytiharkan kesemua kerusi ADUN dan ahli parlimen PPBM yang beralih sokongan sebagai kosong.



“Jika berani, isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi DUN Selangor itu kosong.”

“Kita kembalikan mandat kepada rakyat, dan biarlah rakyat yang membuat perhitungan.”

“Saya bukan hendak mendabik dada.”

“Tetapi saya yakin, insya-Allah, PN akan menang lebih besar di kerusi-kerusi ini jika PRK diadakan,” kata Muhyiddin.



Cabaran Muhyiddin telah dijawab dengan Anwar dengan berkata sebagai pakar lompat, Muhyiddin tidak layak membuat cabaran tersebut.

“Kepala parti lompat hendak cadang (pengosongan enam kerusi Parlimen dan satu DUN), terpulang kepada Ahli Parlimen itu, kenapa tanya saya?”

“Dia yang pakar pergi lompat dan ‘scheme of things’, itu dia patut jawab mengapa orang sudah hilang keyakinan kepada PPBM,” bidas Anwar.

Muhyiddin Pernah Jadi Tangan Ghaib

 



Mungkin kerana rasa tersindir, Muhyiddin memberitahu beliau membuat cabaran kerana bimbang ada tangan ghaib.

“Kenapa saya cabar PM?”

“Sebab saya tahu ada bidang kuasa tertentu bawah kerajaan, siapa kerajaan yang menentukannya, PM lah.”

“Kita tidak mahu ada halangan daripada pihak berkenaan seperti Speaker Dewan Rakyat, SPR, untuk tidak membenarkan proses pindaan itu dijalankan.”



“Itulah saya saya maksud (mengenai cabaran itu).”

“Jadi, kita cabar sebab hendak lihat kalau PM bercakap itu dan ini, itu hak dia.”

“Sebab dalam pemikiran saya, proses kelulusan harus berjalan lancar tiada sekatan daripada dilaksanakan.”

“Apapun ia melibatkan soal kuasa kerajaan seperti ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan), SPR, dan saya harap tiada halangan atas apa jua sekali pun, ia mesti dilaksanakan,” kata Muhyiddin.



Ini yang dikatakan orang, kalau orang yang selalu menipu, dia akan anggap semua orang penipu macam dirinya.

Kita masih ingat mengenai keputusan yang menimbulkan pelbagai persoalan dalam kes SRC.

Juga kita belum lupa mengapa keputusan pindaan perlembagaan UMNO lambat diumumkan.

Sebenarnya Muhyiddin sedang mendedahkan bagaimana beliau menjadi tangan ghaib dalam banyak perkara yang sepatutnya beliau tidak terlibat ketika menjadi perdana menteri.



Bilalah Muhyiddin hendak mula jadi bijak?

 

Muhyiddin Buka Pekong Sendiri

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button