Sudah Sampai Masanya Pindaan Di Buat Terhadap Imuniti Ahli Parlimen

Sudah Sampai Masanya Pindaan Di Buat Terhadap Imuniti Ahli Parlimen

Sudah Sampai Masanya Pindaan Di Buat Terhadap Imuniti Ahli Parlimen

 

Semua ahli Dewan Rakyat diberikan imuniti khas atas apa yang mereka ucapkan atau bahaskan di Dewan Rakyat di bawah Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan.

Tetapi sekira ianya berkaitan dengan 2 perkara, maka imuniti ahli Dewan Rakyat akan terbatal dan tindakan boleh diambil:



  1. menganjurkan penghapusan kedudukan berperlembagaan YDP Agong sebagai Ketua Utama Negara atau kedudukan Raja sesuatu negeri
  2. Melanggar kesalahan di bawah Akta 15 (Akta Hasutan 1948).

Secara umum dapat kita fahami, imuniti yang diberikan itu adalah supaya ahli parlimen boleh mengkritik atau menegur dasar yang mereka rasakan tidak sesuai yang kerajaan laksanakan.

Ianya juga untuk membolehkan mereka membahas dan meminda mana-mana perlembagaan yang dirasakan sudah tidak relevan.

Pada tahun 2016, Menteri Undang Undang & Reformasi Institusi sekarang, Azalina Said, pernah mengingatkan ahli Dewan Rakyat supaya tidak menyalahgunakan imuniti yang diberikan.

Namun, pasca PRU 14, kita menyaksikan ada ahli parlimen yang berselindung di belakang imuniti tersebut untuk menyebarkan fitnah.



Apabila dicabar supaya mengulangi kenyataan yang sama di luar Dewan Rakyat, mereka tidak berani melakukannya dengan pelbagai alasan.

Ini kerana mereka sedar, sekiranya pembohongan atau fitnah tersebut diulangi di luar Dewan Rakyat, mereka akan terdedah kepada tindakan undang-undang.

Pindaan Perlu Di Buat Untuk Memelihara Kredibiliti Ahli Dewan Rakyat

 

Kes terbaru, ahli parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful telah membuat fitnah yang cukup jahat.



Beliau telah mendakwa dihubungi oleh ejen kerajaan yang menawarkan peruntukan kerajaan sekiranya beliau beralih sokongan.

Media massa turut memainkan peranan sebagai penyambung lidah fitnah dari Wan Saiful dengan memberikan gambaran yang salah.

Beberapa media massa menyiarkan berita pra matang tersebut dengan tajuk Wan Saiful Dakwa Cuba Di Sogok.

Fitnah Wan Saiful bukan setakat itu, malah beliau cuba mengheret institusi YDP Agong untuk mengukuhkan fitnah beliau.



SPRM segera memberikan respon dengan meminta Wan Saiful hadir ke SPRM untuk memberikan keterangan.

Tetapi penulis berpendapat, SPRM mungkin akan menghadapi kekangan dari Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan.

Walau pun Wan Saiful sudah menarik balik kenyataan beliau selepas berhadapan tindakan digantung 6 bulan, tetapi the damage is done.

Fitnah Wan Saiful boleh dibaca melalui hansard parlimen yang boleh dicapai melalui internet dari mana-mana pelusuk dunia.



Ianya juga boleh ditonton oleh seluruh dunia melalui Youtube, Tiktok dan pelbagai media sosial yang lain.

Ia mempunyai implikasi yang sangat besar terhadap kredibiliti kerajaan Malaysia di seluruh dunia.

Malah kalau kita dengan perbualan di kedai kopi, rakyat masih seronok membincangkan fitnah tersebut berbanding penarikan balik kenyataan tersebut.

Kalau pun ada yang membincangkan alasan beliau menarik balik kenyataan, kerajaan tetap dipersalahkan.



Rakyat beranggapan kerajaan cuba mengugut Wan Saiful dengan ancaman penggantungan selama 6 bulan.

Tidak kurang pula yang menganggap Wan Saiful sebagai hero kerana melakukannya demi untuk rakyat di Tasek Gelugor.

Tetapi, benarkah begitu?

Persoalannya, sampai bilakah kerajaan mahu biarkan Dewan Rakyat dijadikan sebagai medan untuk memfitnah.

Sampai bilakah kerajaan mahu membiarkan ahli Dewan Rakyat menyalahgunakan imuniti sebagai alat untuk mendapatkan populariti politik?

Sudah sampai masanya Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan dipinda.

 

Sudah Sampai Masanya Pindaan Di Buat Terhadap Imuniti Ahli Parlimen

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button