KKM teruskan Ops Ramadan di seluruh negara

Oleh – Syeikh Baran


KKM teruskan Ops Ramadan di seluruh negara
Gambar Hiasan

Kementerian Kesihatan (KKM) meneruskan Operasi Ramadan 2024 secara serentak di seluruh negara melibatkan semua premis makanan termasuk bazar Ramadan dalam memastikan makanan dijual selamat.

KKM dalam satu kenyataan berkata, operasi itu melibatkan pemeriksaan premis serta pensampelan makanan bagi memastikan makanan disediakan atau dijual selamat selain mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.



Kata kenyataan itu, pemeriksaan juga akan dijalankan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing.

“Selain itu, kempen-kempen kesedaran berkaitan keselamatan makanan kepada orang ramai, pengendali dan pengusaha premis bahan mentah, premis penyediaan makanan, premis pembekal makanan turut giat dijalankan.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk mengutamakan keselamatan makanan sepanjang Ramadan dalam memilih apa sahaja juadah berbuka.

“Sebelum membeli ‘Perhati dan Pilih’ serta amalkan ‘Lihat Hidu Rasa’ kerana ia langkah paling mudah untuk mengelakkan keracunan makanan,” katanya di sini tadi.



Jelas KKM lagi, peniaga turut dinasihatkan supaya membersihkan terlebih dahulu bahan mentah sebelum digunakan dalam
penyediaan makanan selain tidak menyediakan makanan berisiko tingi terlalu awal daripada waktu dijual.

“KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna.

“Melalui pelaksanaan pemantauan dan penguatkuasaan berterusan, KKM memberi jaminan bahawa tahap keselamatan dan kualiti makanan sepanjang Ramadan adalah terkawal,” jelasnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading