Portal Berita sengaja timbulkan kekeruhan UMNO-MCA?

 

Oleh – Kamal Hassan


Portal Berita sengaja timbulkan kekeruhan UMNO-MCA?



Isu stokin yang dikeluarkan KK Mart telah mencetuskan polemik politik antara UMNO dan MCA. Ini berikutan kempen boikot yang dilancarkan Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh.

Mencari punca mengapa secara tiba-tiba berlaku konflik antara MCA dan UMNO, carian dilakukan menerusi portal berita yang mengeluarkan berita mengenainya.

Sebuah portal berita terkemuka, menulis mengenai kenyataan Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon yang dipetik dari facebook beliau.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon berkata Akmal juga tidak seharusnya membuat gesaan agar rangkaian kedai itu diboikot secara semberono.



“Saya juga ingatkan Ketua Pemuda Umno supaya tidak memperbesar-besarkan isu stoking KK Mart, dan jangan bermain taktik boikot membabi buta, jika tidak, yang menjadi mangsa tetap negara kita sendiri,” kata Chong dalam hantaran di Facebook. – Laporan MalaysiaKini-17/3/2024

Namun, apabila dirujuk ke facebook Sin Woon, tiada langsung kenyataan seperti dinyatakan portal berita tersebut.

Timbul persoalan, dari manakah portal berita itu mendapatkan kenyataan Chong Sin Woon?

Ini bukan soal membela sesiapa tetapi mahu semua pihak bertenang dan berfikir secara waras sebelum konflik berterusan dan akan menimbulkan masalah lain.



Chong Sin Woon semasa dihubungi pihak kami menyatakan, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa isu stokin yang tertera Kalimah ALLAH sebagai perkara remeh. Beliau menerusi tulisan di facebooknya turut mengingatkan syarikat tersebut untuk menghentikan pengeluaran dan jualan stokin.

Portal Berita sengaja timbulkan kekeruhan UMNO-MCA?

Beliau juga mengingatkan syarikat tersebut agar tidak memandang remeh boikot yang dikenakan berikutan isu sensitif kerana ia akan mendatangkan lebih banyak kerosakan ekonomi untuk negara.

Chong Sin Woon dalam pada itu memberitahu, beliau mendiamkan diri kerana enggan isu ini menjadi lebih keruh dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat KK Mart.



Apa yang dikesali Chong, mengapa MCA menjadi sasaran dalam isu KK Mart dan portal berita berkenaan nampak memang sengaja mahu menimbulkan konflik antara MCA dan UMNO.

Beliau pelik kerana hanya sebuah portal berita sahaja menulis mengenai isu tersebut sedangkan portal berita lain yang mengikuti ucapan beliau tidak pula mengeluarkan kenyataan sama.

Difahamkan Pergerakan Pemuda UMNO Pahang sudahpun membuat laporan Polis terhadap penjualan stokin di KK Mart semalam.



Adalah diharapkan isu ini tidak menjadi penyebab tercetus isu antara kaum di Malaysia.

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button