Isu Kadar Pertukaran Ringgit Yang Salah: Google Malaysia Lakukan Serangan Atau Kesilapan, Siapa Di Belakang Insiden Tersebut?

Isu Kadar Pertukaran Ringgit Yang Salah Google Malaysia Lakukan Serangan Atau Kesilapan

Isu Kadar Pertukaran Ringgit Yang Salah: Google Malaysia Lakukan Serangan Atau Kesilapan, Siapa Di Belakang Insiden Tersebut?

 

Kali pertama Google Malaysia melakukan kesilapan melapurkan kadar pertukaran Ringgit adalah pada 5 Februari 2024.

Ketika itu Google Malaysia melapurkan kadar pertukaran Ringgit berbanding Dollar Amerika adalah 1USD bersamaan RM6.24.



Ketika itu nilai sebenar pertukaran Ringgit berbanding Dollar Amerika adalah pada kadar 1USD bersamaan RM4.75.

Mungkin kita boleh menganggapnya sebagai satu kesilapan.

Kadar pertukaran yang dilapurkan juga adalah sangat tidak munasabah berbanding dengan nilai sebenar Ringgit di pasaran.

Namun kesilapan yang sama dilakukan sekali lagi dalam masa lebih kurang sebulan.



Pada 15 Mac 2024, Google Malaysia sekali lagi mengulangi kesilapan melapurkan kadar pertukaran Ringgit berbanding Dollar Amerika.

Kali ini kadar yang diberikan agak tidak jauh dari nilai yang sebenar.

Google Malaysia melapurkan kadar pertukaran Ringgit Malaysia berbanding Dollar Amerika adalah 1USD bersamaan RM4.98.

Kadar sebenar pada tarikh tersebut adalah sekitar RM4.7015 hingga RM4.7075 bagi setiap 1USD.



Ekoran dari kesilapan salah lapur kadar tukaran matawang Ringgit, Bank Negara Malaysia sudah memberi peringatan keras dan meminta penjelasan dari Google Malaysia.

Kesilapan Atau Serangan Terhadap Matawang Ringgit?

 

Atas kesilapan yang dilakukan, Google Malaysia sudah meminta maaf secara terbuka kepada kerajaan Malaysia.

Namun timbul persoalan, apakah ianya benar-benar satu kesilapan?



Atau sebenarnya serangan terhadap matawang Ringgit dengan dijenamakan sebagai kesilapan.

Nilai matawang sesebuah negara mempunyai kesan yang sangat besar terhadap keyakinan pelabur, terutamanya pelabur di Bursa Malaysia.

Dalam pasaran matawang terbuka, tidak dinafikan, Ringgit terdedah dengan serangan dari spekulator matawang asing.

Mereka mempunyai dana yang lebih dari mencukupi untuk sabotaj nilai matawang negara di pasaran matawang antarabangsa.



Adakah ‘kesilapan’ Google mempunyai kaitan dengan beberapa kes berprofil tinggi yang melibatkan beberapa taikoon?

Itu memerlukan siasatan lanjut secara terperinci untuk mendapatkan kepastian.

Yang paling penting, kerajaan mesti memastikan kejadian yang sama tidak berulang.

Sekiranya tindakan boleh diambil ke atas Tiktok, mengapa tidak Google Malaysia.



 

Isu Kadar Pertukaran Ringgit Yang Salah: Google Malaysia Lakukan Serangan Atau Kesilapan, Siapa Di Belakang Insiden Tersebut?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button