Kepala kanak-kanak tersekat dalam tin susu

Oleh – Syeikh Baran


Kepala kanak-kanak tersekat dalam tin susu
Kepala mangsa berjaya dikeluarkan daripada tin susu dengan bantuan lima anggota bomba. – Instagram

Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi kepala seorang kanak-kanak tersekat di dalam tin susu sehingga memerlukan bantuan pasukan bomba, lapor laman berita Tribunnews hari ini.

Kejadian berlaku di Kramat Jati, wilayah Jakarta Timur semalam.

Kanak-kanak berusia lima tahun itu dikatakan bermain sendirian dan memasukkan kepalanya ke dalam tin susu beberapa kali.

Pada suatu ketika, kepalanya tidak dapat dikeluarkan, menyebabkan keluarganya terpaksa meminta bantuan pasukan kecemasan.

Ketua Operasi Bahagian Kecil Gulkarmat Jakarta Timur, Gatot Sulaeman berkata: “Anggota kami sudah melakukan prosedur menyelamat setelah keluarga mangsa datang ke Balai Bomba Batu Ampar sekitar pukul 3.33 petang (waktu tempatan).”

Tambah Gatot, anggota bomba menggunakan alat pemotong khas bagi memotong tin susu itu sebelum kepala mangsa berjaya dikeluarkan tanpa mengalami kecederaan.

“Alhamdulillah, kami berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu dengan bantuan lima anggota,” ujar Gatot. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker