‘Rider’ ludah pelanggan batal tempahan

Oleh – Syeikh Baran


‘Rider’ ludah pelanggan batal tempahan
Seorang penunggang ojol yang lain cuba meleraikan pertengkaran kedua-dua pihak. – Istimewa

Seorang penunggang teksi motosikal (ojol) di Malang, wilayah Jawa Timur tergamak meludah penumpang kerana membatalkan tempahan, lapor portal berita Okezone semalam.

Kejadian berlaku di hadapan Universiti Negeri Malang, Kota Malang pada Jumaat lalu.



Menurut laporan, penumpang wanita tersebut membuat keputusan membatalkan tempahan ojol selepas menunggu untuk tempoh yang agak lama.

Selepas membatalkan tempahan, penunggang ojol berkenaan tiba di lokasi tersebut, menyebabkan dia naik berang.

“Penunggang ojol sudah menjelaskan bahawa dia terkandas dalam kesesakan lalu lintas. Dia berang kerana tempahan dibatalkan oleh penumpang tersebut,” kata Ketua Polis Lowokwaru, Komisioner Polis Anton Widodo.

Tambah Anton, mereka bertengkar sebelum penunggang ojol tersebut bertindak meludah wanita berkenaan.



Penunggang ojol  tersebut kemudian dipanggil ke balai polis setempat, Sabtu lalu selepas pihak berkuasa menerima aduan  mengenai kejadian itu.

Selepas memberi keterangan, kedua-dua pihak akhirnya berdamai dan menutup kes tersebut. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading