Lebih 80 peratus permohonan taraf kewarganegaraan lulus

Oleh – Syeikh Baran


Lebih 80 peratus permohonan taraf kewarganegaraan lulus
Saifuddin (duduk tengah) bergambar bersama ibu dan anak penerima selepas menyerahkan surat keputusan kewarganegaraan di Putrajaya, hari ini. FOTO-FAISOL MUSTAFA

Sebanyak 3,903 permohonan taraf kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan membabitkan individu bawah 21 tahun telah diberi keputusan setakat 7 Mac lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, 80 peratus daripada permohonan itu diluluskan manakala selebihnya ditolak kerana permohonan tidak lengkap dan tidak melepasi tapisan keselamatan.



Beliau berkata, permohonan lengkap yang telah selesai akan diproses dan setelah mendapat notifikasi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) barulah proses selanjutnya dilakukan.
 
“Mereka kena datang JPN, buat sejumlah bayaran, akan dikeluar sijil kewarganegaraan dan kemudian boleh keluar dokumen diri berkaitan,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. 
Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading