Pelaku hina Islam mesti dikenakan hukuman keras

Oleh – Syeikh Baran


Pelaku hina Islam mesti dikenakan hukuman keras
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Syarikat KK Supermart dan Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr KK Chai (kanan) dan pemilik syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd, Soh Chin Huat ketika sidang media di Menara KK di Bandar Tasik Selatan. – Foto BH/SADIQ SANI

Pemuda PAS mahu pelaku yang bersalah menghina Islam dalam isu stoking tertera nama Allah dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan hukuman keras.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden, berkata isu itu tidak boleh ditutup dengan sekadar permohonan maaf.



Beliau berkata, penghinaan kalimah Allah dan penghinaan terhadap agama Islam bukan pertama kali berlaku di Malaysia.

Ahli Parlimen Alor Setar itu berkata, Pemuda PAS memandang tinggi titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas pelaku menghina agama Islam

Afnan Hamimi berkata, kemurkaan Sultan Ibrahim menjadi satu amaran keras kepada semua pihak yang selama ini mengambil mudah dalam hal menjaga sensitiviti agama Islam.

“Terdapat pimpinan ahli politik daripada pihak kerajaan yang cuba melindungi kedai serbaneka dan meminta umat Islam untuk tidak membesarkan isu.



“Mereka masih gagal untuk memahami kemarahan umat Islam apabila kesucian agama diperkotak-katik sedemikian rupa. Mereka tidak layak untuk bersuara sedikit pun dalam isu ini,” kataya.

“Insiden ini juga perlu dijadikan iktibar oleh semua peniaga di Malaysia tidak mengira latar belakang agama dan bangsa untuk senantiasa menjaga sensitiviti umat Islam di Malaysia biarpun dalam hal barang jualan.

“Jika tidak, nantikanlah gelombang boikot besar-besaran daripada rakyat Malaysia,” katanya hari ini.

Sementara itu, Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) mahu siasatan segera dan tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa, susulan titah Yang di-Pertuan Agong.



Ketua ARMADA, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, titah Sultan Ibrahim perlu menjadi titik noktah kepada mana-mana pihak yang cuba mengugat keharmonian negara.

“Sebagai umat Islam, menjadi kewajipan kepada kita semua untuk menjaga dan mempertahan kesucian agama Islam, khususnya kalimah Allah.

“Lebih-lebih lagi, kejadian sebegini bukan kali pertama. Sudah banyak kali berlakunya insiden yang mengguris hati umat Islam,” katanya hari ini.

Sumber – BERITA HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading