Stoking hina Islam: JAKIM beri amaran keras

Oleh – Syeikh Baran


Stoking hina Islam: JAKIM beri amaran keras
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Syarikat KK Supermart dan Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr KK Chai (dua dari kiri) dan Pemilik Syarikat Xin Jiang Chang Sdn Bhd, Soh Chin Huat (kiri) ketika sidang media mengenai isu stoking di Bandar Tasik Selatan. – Foto BH/SADIQ SANI

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memberi amaran keras kepada pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart, Datuk Seri Dr KK Chai agar kejadian penjualan stoking yang tertera kalimah Allah tidak berulang.

Ketua Pengarah JAKIM, Datin Paduka Hakimah Mohd Yusof, berkata pihaknya memanggil Chai berhubung isu kalimah Allah pada stoking yang dijual di rangkaian kedainya.



Katanya, syarikat itu memberi penjelasan mengenainya dan langkah-langkah untuk mengelakkan isu seumpama ini berulang.

“KK Supermart & Superstore Sdn Bhd juga bersetuju untuk mengkaji dan mengemas kini semula prosedur operasi standard syarikat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hakimah berkata, JAKIM sebagai institusi yang bertanggungjawab menyelaras pengurusan hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan memandang serius terhadap isu berkenaan kerana telah mengguris hati umat Islam di negara ini.

“Ia bukan sahaja melibatkan sensitiviti keagamaan malahan, boleh menggugat keharmonian masyarakat di negara ini,” katanya.



Hakimah menegaskan, JAKIM memberi peringatan kepada semua pengusaha, pengilang, pembekal dan pengimport untuk sentiasa cakna dan memberi perhatian serius terhadap isu-isu sensitif melibatkan agama dan kaum bagi mengekalkan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat.

“Semua pihak dinasihatkan untuk tidak membangkitkan isu-isu lama yang menyentuh aspek 3R (agama, raja dan kaum) dan menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan,” katanya.

Sumber – BERITA HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading