Pemimpin pembangkang Singapura didakwa beri keterangan palsu

Oleh – Syeikh Baran


Pemimpin pembangkang Singapura didakwa beri keterangan palsu
PRITAM SINGH

Pemimpin pembangkang Singapura didakwa atas dua pertuduhan kerana memberi keterangan palsu kepada jawatankuasa Parlimen ketika siasatan terhadap salah seorang anggota pimpinannya, Parti Pekerja (WP) pada Disember 2021.

Pritam Singh berdepan dakwaan itu di mahkamah pada Selasa dan jika disabit bersalah boleh dikenakan denda atau penjara tidak melebihi tiga tahun.



Pritam menerusi media sosial mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut selepas sesi perbicaraan seterusnya dijadualkan pada 10 Mei depan.

“Saya akan meneruskan tugas sehingga proses undang-undang itu selesai,” ujarnya di Instagram.

Kes tersebut melibatkan bekas anggota WP, Raeesah Khan yang menuduh polis berkelakuan tidak sensitif terhadap mangsa serangan seksual, namun beliau kemudiannya mengakui hanya mereka cerita yang akhirnya membawa kepada keputusannya untuk meletak jawatan. – AFP

Sumber – SINAR HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading