KPU sahkan kemenangan Prabowo-Gibran di Kuala Lumpur

Oleh – Syeikh Baran


KPU sahkan kemenangan Prabowo-Gibran di Kuala Lumpur
Prabowo-Gibran. – Foto Agensi

Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) mengesahkan kemenangan pasangan calon presiden dan naib presiden Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dalam Pilihan Raya Presiden Indonesia di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ini berdasarkan mesyuarat pleno untuk menjumlahkan keputusan kiraan undi nasional di pejabat KPU di Jakarta pada Isnin.



Pengerusi KPU, Hasyim Asy’ari berkata, jumlah kertas undi yang digunakan dalam pilihan raya presiden dan naib presiden sepadan dengan jumlah pengundi di pusat pengundian (TPS) serta jumlah keseluruhan undi sah dan tidak sah yang berjumlah 12,357 undi, menurut Agensi Berita ANTARA.

Seorang anggota KPU, Idham Holik berkata, pasangan Anies-Muhaimin memperoleh sejumlah 4,674 undi diikuti pasangan Prabowo-Gibran menerima 6,266 undi dan pasangan Ganjar-Mahfud mendapat 1,134 undi.

Beliau berkata, jumlah pengundi yang dicatatkan dalam daftar pemilih (DPT) bagi Pilihan Raya Umum (Pemilu 2024) di Kuala Lumpur ialah 62,217 orang. Daripada jumlah itu, 3,605 orang menggunakan hak mengundi mereka.

Selain itu, terdapat 1,828 orang yang mengundi daripada Daftar Pemilih Tambahan (DPTb) dan 6,924 orang yang mengundi daripada Daftar Pemilih Khas (DPK).



Berdasarkan Peraturan No. 3 tahun 2022 KPU, proses penjumlahan undi nasional bagi Pemilu 2024 dijadualkan berlangsung dari 15 Februari hingga 20 Mac 2024.

Proses pengundian semula Pemilu 2024 bagi seluruh kawasan Kuala Lumpur diadakan pada 10 Mac di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. – Bernama

Sumber – SINAR HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading