Daripada Sibuk Pasal Isu Stoking, Lebih Baik Anthony Loke Fokus Laporan KLIA Antara Paling Teruk

Daripada Sibuk Pasal Isu Stoking, Lebih Baik Anthony Loke Fokus Laporan KLIA Antara Paling Teruk

Daripada Sibuk Pasal Isu Stoking, Lebih Baik Anthony Loke Fokus Laporan KLIA Antara Paling Teruk

 

Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, dilihat mula mengeluarkan kenyataan mengenai isu stoking.

Mewakili DAP, Anthony telah menghantar surat untuk menyatakan DAP tidak bersetuju dengan seruan boikot pasaraya KK Mart yang dimulakan Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal.



Pendirian DAP itu sudah disampaikan kepada Presiden UMNO, DS Zahid dan Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh.

“Saya nak tanya Dr Akmal, kalau perkara ini berlaku kepada sebuah kedai ataupun satu rangkaian kedai runcit yang dimiliki yang dimiliki oleh orang Islam apa reaksi dia?”

“Pendirian kita memang tidak bersetuju dengan pendekatan dan cara yang dibuat oleh Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal.”

“Saya rasa pandangan-pandangan telah pun dikemukakan.”



“Kenyataan daripada DAP juga telahpun dinyatakan oleh beberapa pimpinan termasuk Ketua Pemuda, Dr Kelvin Yee dan juga Nga Kor Ming.”

“Memang pendirian kita tidak bersetuju dengan pendekatan itu.”

“Kita merasakan bahawa dalam isu-isu sensitif ini perlulah ditangani dengan lebih berhemah,” jelas kata Anthony Loke.

Penulis tidak pasti sama ada Anthony Loke tidak tahu atau pun pura-pura tidak tahu bahawa isu yang berlaku adalah isu yang sangat sensitif.



Adalah amat tidak bijak sebagai seorang pemimpin utama sebuah parti terbesar masyarakat bukan Melayu Islam mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Beliau sepatutnya menyeru kepada masyarakat Islam bertenang dan menyerahkan isu tersebut kepada pihak berkuasa.

Di samping itu, beliau juga sepatutnya memberikan teguran keras kepada pengurusan KK Mart.

Dari sibuk pasal isu stoking, lebih baik Anthony fokus pada laporan yang meletakkan KLIA sebagaiĀ antara lapangan terbang paling teruk.



Laporan tersebut berdasarkan maklumbalas dari pelancung perniagaan antarabangsa.

Sudah pasti ianya bukan sahaja memberikan imej yang buruk kepada KLIA, tetapi juga kepada negara.

Apa tindakan jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang dari KLIA dan Kementerian Pengangkutan untuk memulihkan imej KLIA?

 



Daripada Sibuk Pasal Isu Stoking, Lebih Baik Anthony Loke Fokus Laporan KLIA Antara Paling Teruk

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button