Misi bantuan kemanusiaan Singapura di Gaza berjaya

 

Oleh Pena Merah

Misi bantuan kemanusiaan Singapura di Gaza berjaya
Misi menggugurkan bantuan menggunakan pesawat pengangkut C-130 milik RSAF yang dijalankan dengan kerjasama rapat Tentera Udara Jordan. – Foto ihsan FB The Republic of Singapore Air Force

Singapura berjaya melaksanakan misi menggugurkan bantuan kemanusiaan pertamanya ke Gaza semalam, sebagai sebahagian daripada peringkat ketiga bantuan kemanusiaan negara itu ke kawasan konflik.

Dalam hantaran di Facebook, Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) berkata misi menggugurkan bantuan itu menggunakan pesawat pengangkut C-130 milik RSAF yang dijalankan dengan kerjasama rapat Tentera Udara Jordan.

“Kami berharap misi menggugurkan bantuan ini akan membawa sedikit kelegaan kepada situasi kemanusiaan di Gaza,” menurut RSAF.

Pakej kemanusiaan Singapura mengandungi pek makanan dan bekalan kritikal termasuk peralatan perubatan.

Kenyataan bersama oleh Kementerian Luar dan Kementerian Pertahanan berkata kerajaan Singapura menyediakan pakej kemanusiaan itu dengan kerjasama kerajaan Jordan bagi memastikan sejajar dengan keperluan khusus di lapangan di negara berkenaan.

Penglibatan proaktif Singapura dalam menyalurkan bantuan kepada Gaza menekankan dedikasinya terhadap prinsip kemanusiaan dan kesediaannya untuk menyumbang kepada usaha bantuan antarabangsa di zon konflik. – Berita Harian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker