Naib Presiden UMNO gesa isu stoking diselesaikan segera

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Naib Presiden UMNO gesa isu stoking diselesaikan segera

Naib Presiden UMNO, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail menggesa agar isu stoking yang tertera kalimah Allah diselesaikan segera.



Beliau membuat gesaan tersebut menerusi kenyataan rasmi Naib Presiden UMNO pada 19 Mac 2024.

Beliau juga menyampaikan peringatan agar tidak ada mana-mana pihak cuba menghina Agama Islam kerana ia termaktub sebagai Agama Rasmi dalam Perlembagaan Negara.

Naib Presiden UMNO gesa isu stoking diselesaikan segera

Wan Rosdy juga mengingatkan semua rakyat menjaga sensitiviti antara kaum dan agama memandangkan Malaysia merupakan negara majmuk bagi memastikan keharmonian serta kesejahteraan terpelihara.



Sementara itu, Pergerakan Pemuda Umno difahamkan telah mula membuat laporan polis berkaitan isu tersebut. Turut membuat laporan polis ialah beberapa NGO yang tiada berkepentingan dalam mana-mana aliran politik.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button