MP Gua Musang, Tanjung Karang antara 5 individu sebagai ‘broker’

 

Oleh Pena Merah

MP Gua Musang, Tanjung Karang antara 5 individu sebagai 'broker'
Dari kiri: Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) sekali lagi menarik perhatian apabila beliau meminta Dewan Rakyat menubuhkan jawatankuasa berhubung tindakan dua Ahli Parlimen yang membuat kacau ganggu dalam usaha mempengaruhi kelakuan dan sokongan kepada kerajaan.

Wan Saiful menamakan Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi membuat tindakan berkenaan bersama tiga lagi individu dikenali sebagai Hasnan, Datuk Azman dan Datuk Rahim.

Beliau mendakwa dua ahli parlimen bersama tiga individu itu membuat tawaran untuk memberikan peruntukan Parlimen, peruntukan projek bernilai RM2 juta, bayaran kos perubatan isteri beliau, kos guaman peruntukan di mahkamah dan ‘token’ yang tidak diyatakan nilainya serta pengguguran kes di mahkamah.

“Saya mengemukakan peraturan 80 (a) kerana sudah ada kes duluan pada 2009 membabitkan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, mendiang Karpal Singh.

“Saya ingin mencadangkan dewan ini membuat ketetapan supaya Jawatankuasa Pilihan Khas mengambil tindakan berdasarkan peraturan 80 (A) yang di baca bersama seksyen 9 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 (Akta 347) bagi mengenal pasti, membicara, memutuskan menghukum beberapa individu yang membuat penawaran bagi mempengaruhi kelakuan saya dalam dewan ini,” katanya yang bangun mengemukakan peraturan mesyuarat itu sebaik selesai sesi soal jawab, di Dewan Rakyat, hari ini. – Berita Harian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker