Empat daripada enam anak bukan zuriatnya

Oleh – Syeikh Baran


Empat daripada enam anak bukan zuriatnya
Gambar Hiasan

Seorang suami yang juga bapa diduga ujian besar apabila mengetahui empat daripada enam orang anaknya didakwa terhasil daripada hubungan isterinya bersama lelaki lain.

Pendedahan itu dibuat oleh rakannya di aplikasi X @akuskizo menyatakan perkara itu diketahui lelaki terbabit selepas membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA).



Lebih menyedihkan, katanya, lelaki tersebut masih mengekalkan hubungan bersama isteri serta namanya di kad pengenalan anak demi menutup aib daripada orang ramai.

“Kawan aku (baru tahu) empat daripada enam anak dia adalah anak orang. Pengajaran kepada semua kawan kerja ‘offshore’, semak ujian DNA anak-anak anda.

“Kebenaran memang menyakitkan tetapi masa depan anak-anak lebih penting. Bagaimanapun, kawan aku ambil keputusan untuk kekal dalam hubungan demi anak-anak,” katanya di aplikasi X, kelmarin.

Difahamkan, kejadian itu berlaku dua tahun lalu dan kini lelaki berkenaan dikatakan aktif menyertai tabligh bermula awal Februari lalu.



“Sesungguhnya dia amat kuat. Dia dah okey katanya. Itu kali terakhir dia ‘update’ sebelum keluar sertai tabligh,” jelasnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button