Amerika rancang bina kereta api di Bulan

Oleh – Syeikh Baran


Amerika rancang bina kereta api di Bulan
Lakaran artis bagi projek jaringan kereta api di Bulan. – The Sun

Sebuah syarikat aeroangkasa merancang untuk membina jaringan kereta api di Bulan bagi membantu mengangkut manusia dan pelbagai bekalan, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Northrop Grumman, mencadangkan sistem rel tersebut yang mendapat sokongan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS).

Menurutnya, ‘kereta api lunar’ itu diharap dapat mencetus pembangunan ekonomi yang serius dan mampan di Bulan.

“Rangkaian kereta api Bulan yang dicadangkan ini boleh mengangkut manusia, bekalan dan sumber untuk usaha komersial merentasi permukaan Bulan.

“Ia seterusnya menyumbang kepada ekonomi angkasa untuk Amerika Syarikat dan rakan kongsi antarabangsa kami,” kata jurucakap syarikat.

Northrop Grumman adalah satu daripada 14 syarikat yang dipilih oleh Agensi Projek Penyelidikan Lanjutan Pertahanan AS (DARPA) pada bulan Disember lalu untuk mengambil bahagian dalam kajian Luna-10.

Ia bertujuan untuk mencipta idea teknologi baharu dengan cepat yang akan membantu manusia meluaskan jejak ekonominya ke angkasa lepas.

Syarikat itu berkata, ia akan menyumbang kepada kajian tersebut dengan menentukan sumber yang diperlukan untuk membina rangkaian rel lunar, mewujudkan senarai kos dan risiko serta mengenal pasti prototaip dan analisis sistem rel lunar yang beroperasi. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker