Pemuda kena sawan semasa lumba haram

Oleh – Syeikh Baran


Pemuda kena sawan semasa lumba haram
Remaja tersebut dilanggar oleh motosikal rakannya sendiri sebelum terjatuh dan mengalami sawan. – Instagram

Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi cemas seorang pemuda mengalami sawan ketika melakukan aktiviti lumba haram di jalan raya, lapor laman berita Tribunnews.

Kejadian berlaku di Jember, wilayah Jawa Timur pada Sabtu lalu ketika waktu dinihari



Berdasarkan video yang dikongsikan, sekumpulan lelaki dilihat mengerumuni seorang rakan mereka yang terbaring di tepi jalan.

Dia dikatakan mengalami sawan selepas dilanggar rakannya sendiri semasa berlumba haram.

“Daripada maklumat yang saya tahu, lelaki itu dilanggar motosikal rakannya sendiri,” kata seorang penduduk tempatan, Hanafi Rahmat.

Tidak dinyatakan keadaan pemuda tersebut selepas itu.



Menurut Hanafi, kawasan tersebut sering menjadi lokasi kegiatan lumba haram dalam kalangan remaja terutamanya pada hujung minggu. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button