Majlis kahwin dibatal, pengantin bersanding seorang diri

Oleh – Syeikh Baran


Majlis kahwin dibatal, pengantin bersanding seorang diri
Keluarga Dwi telah menyewa dewan besar yang dihiasi dengan perhiasan mahal dan gah untuk majlis perkahwinan adik lelakinya. – TikTok

Seorang lelaki di Banjarmasin, wilayah Kalimantan Selatan reda bersanding berseorangan tanpa pengantin perempuan selepas perkahwinan mereka dibatalkan pada saat akhir, lapor laman berita Tribunnews.

Kisah itu dikongsikan oleh kakak pengantin lelaki bernama Dwi Trisiana di laman TikTok.



Menurut Dwi, keluarganya telah menyewa dewan besar dihiasi dekorasi mahal dan gah untuk majlis perkahwinan adik lelakinya.

Namun, disebabkan nenek bakal pengantin perempuan meninggal dunia beberapa hari sebelum acara berlangsung, keluarga wanita itu meminta agar perkahwinan tersebut ditangguhkan.

Ujar Dwi, apa yang mengecewakan keluarganya adalah apabila mereka hanya diberitahu mengenai perkara itu sehari sebelum majlis berlangsung, sedangkan jenazah si mati telah dikebumikan tiga hari sebelumnya.

Disebabkan semua persiapan sudah disiapkan, selain tetamu serta jurunikah sudah mengesahkan kehadiran mereka, keluarga Dwi meminta agar hanya pengantin perempuan dan walinya sahaja hadir untuk majlis akad nikah.



Namun, mereka sekali lagi kecewa apabila tiada seorang pun daripada pihak pengantin perempuan hadir ketika majlis sebenar berlangsung.

“Mereka tidak tidak hadir. Bayangkan bagaimana kami sekeluarga perlu berhadapan dengan penghulu dan menceritakan semua yang terjadi,” katanya.

Disebabkan terlalu kecewa dengan kejadian itu, keluarga Dwi membatalkan terus perkahwinan tersebut dan meminta agar duit mas kahwin dan hantaran dipulangkan.

Sementara itu, adik lelaki Dwi tetap bersanding berseorangan dan melayan tetamu yang datang meskipun berasa kecewa dengan kejadian tersebut. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading