Selepas Berpuloh Tahun Di Tindas, Perlukah Pendidik PASTI Marah Bila Kerajaan Mahu Membantu?

Selepas Berpuloh Tahun Rupanya Pendidik PASTI Hanya Bertaraf Sukarelawan

Selepas Berpuloh Tahun Di Tindas, Perlukah Pendidik PASTI Marah Bila Kerajaan Mahu Membantu?

 

Selama berpuloh tahun, nasib dan masa hadapan pendidik PASTI bukan sahaja terabai, malah ditindas dan keringat mereka diperah tanpa kasihan.

Penulis difahamkan, pendidik PASTI bukan sahaja mesti bekerja sekurang-kurangnya 8 jam, 5 hari seminggu tanpa sebarang cuti tahunan.



Sekiranya mahu bercuti, maka gaji mereka akan ditolak, itu tidak lagi diceritakan setiap kemudahan yang diberikan kepada pekerja, dinafikan.

Tiada klinik panel sekiranya sakit.

Kalau sakit, pergilah ke klinik kerajaan, walau pun pemimpin PAS sering memaki hamun dan memfitnah dasar-dasar kerajaan.

Kalau pendidik PASTI mahukan pendapatan lebih, maka selepas 8 jam mengasuh anak-anak, mereka kena pula jaga anak-anak di transit.



Mereka akan bekerja hingga lewat petang sehingga kesemua anak yang dihantar ibubapa di transit diambil semula oleh ibubapa mereka.

Dapatlah tambah pendapatan dari RM600 kepada antara RM900 ke RM1,000.

Selain dari di kerah tenaga mereka di siang hari, pendidik PASTI juga ada masanya di malam hari terpaksa hadir ke mesyuarat Muslimat PAS.

Kalau tidak ada beberapa lagi program yang wajib mereka hadiri di malam hari sama ada secara bersemuka atau pun atas talian.



Bila menjelang pilihanraya pula, tenaga pendidik PASTI dikerah pula untuk menjadi jentera pilihanraya.

Pemimpin PAS sama ada lelaki atau wanita ke sana sini dengan kereta mewah, tetapi pendidik PASTI ke sana sini dengan berkongsi kereta.

Kisah Pelik Tapi Benar

 

Paling tidak boleh penulis hadam, bila kerajaan arahkan pihak berkuasa membuat pemeriksaan untuk membela nasib mereka, ada pula yang marah.



Malah membuat tuduhan bermacam-macam.

Kami kerja dengan ikhlas, kerja kami adalah dengan niat Lillahita’ala, kehidupan dunia hanyalah sementara.

Wahai pendidik PASTI, bukalah mata.

Kitab mana yang ada mengatakan sebagai umat Islam, fokus kita hanyalah akhirat dan bukannya dunia.



Bukankan Rasulullah SAW pernah bersabda, bekerjalah kamu seolah kamu akan hidup seribu tahun dan beribadatlah seolah kamu akan mati esok hari.

Lupakah kita doa yang Allah SWT ajar kepada kita:

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Belajar Dari Pengalaman Orang Lain

 



Satu kisah untuk menjadi iktibar kepada semua pendidik PASTI.

Sekitar Disember 2022, berlaku banjir di Kelantan.

Banjir ini membawa berita sedih apabila 3 orang adik-beradik meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik:

  • Syazwani seorang pendidik Pasti An Nur
  • Sakinah seorang pendidik Tadika Al-Munir
  • Noor Fathiah (tiada maklumat pekerjaan)

Dalam tiga orang mangsa ini, seorang telah mencarum Perkeso.

Beliau ialah Sakinah yang bekerja dengan Tadika Al-Munir.

Tadika Al-Munir adalah tadika swasta yang mematuhi semua peraturan yang perlu.

Manakala Pasti An-Nur pula berdaftar dibawah parti PAS dan tidak mematuhi peraturan kerajaan.

Syukur majikan Sakinah mencarum Perkeso.

Hasilnya ibu bapa Sakinah mendapat pencen penakat dengan bayaran RM332.50 seumur hidup ibu bapanya.

Adik lelaki Sakinah yang pada masa kejadian berumur 19 tahun, akan menerima sehingga umur 21 tahun.

Ibu bapa Sakinah turut menerima bantuan pengurusan jenazah RM1000.

Manakala Syazwani yang bekerja dengan PASTI tidak mendapat apa-apa bantuan dari Perkeso.

Ini adalah kerana majikan majikannya tidak mencarum Perkeso walaupun carumannya amat rendah sekali.

Mungkin ahli PAS ada menyumbang derma, tapi pastinya tidak dapat menyumbang sehingga akhir hayat keluarganya.

Mari kita doakan supaya ketiga-tiga Allahyarham diampunkan dan diredhai Allah S.W.T.

Kebanyakan pendidik PASTI datangnya dari golongan B40, malah ada yang berada dalam kategori miskin tegar.

Tujuan kerajaan hanyalah untuk membela nasib mereka dan tidak ada niat untuk menutup kesemua rangkaian PASTI di seluruh negara.

Jadi, mengapa mesti marah?

 

Selepas Berpuloh Tahun Di Tindas, Perlukah Pendidik PASTI Marah Bila Kerajaan Mahu Membantu?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button