Pelajar maut dibelasah: Beri kami masa, ruang

Oleh – Syeikh Baran


Pelajar maut dibelasah: Beri kami masa, ruang
Mangsa merupakan pelajar program Bioteknologi Kolej Vokasional Lahad Datu dan merupakan penghuni asrama kolej terbabit.

 “Maaf, beri kami masa dan ruang. Kami tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan buat masa ini,” kata salah seorang ahli keluarga pelajar kolej vokasional yang ditemui mati dalam bilik asrama dipercayai dibelasah rakan awal pagi semalam.

Ahli keluarga berkenaan enggan mengeluarkan apa-apa komen berhubung tragedi yang menimpa mangsa selain
meminta agar semua pihak tidak mengganggu keluarga mangsa ekoran masih berduka dengan pemergian pelajar terbabit.



Terdahulu, mangsa, Mohammad Nazmie Aizzat Muhd Narul Azwan, 17, ditemui warden asrama yang bertugas pada pukul 6.50 pagi dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Mangsa merupakan pelajar program Bioteknologi Kolej Vokasional Lahad Datu dan merupakan penghuni asrama kolej terbabit.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Polis, Dr Rohan Shah Ahmad memaklumkan punca kejadian dipercayai daripada perselisihan faham antara mangsa dengan pelajar lain yang juga menghuni asrama sama.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading