Remaja buat ‘wheelie’ dapat ‘undangan’ polis

Oleh – Syeikh Baran


Remaja buat ‘wheelie’ dapat ‘undangan’ polis
Aksi ‘wheelie’ yang dilakukan oleh remaja berkenaan membahayakan pengguna jalan raya. – TRIBUN TIMUR

Aksi ‘wheelie’ seorang remaja lelaki ketika menunggang motosikal  meresahkan penduduk sebuah kampung di Kabupaten Gowa, wilayah Sulawesi Selatan, lapor portal berita Tribun Timur semalam.

Aksi berbahaya  itu dilakukan di Jl Masjid Raya dan Tumanurung, Gowa.

Oleh kerana  tunggangan seperti itu dianggap berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain, remaja sekolah menengah berusia 16 tahun itu disaman dan motosikalnya disita. 

Polis tempatan dilaporkan melakukan siasatan dan mengesan keberadaan suspek.

Dia dibawa ke balai polis bersama motosikalnya selepas mereka tiba di rumahnya di Gowa. 

“Suspek dijemput bersama kenderaannya di rumah dan dibawa ke balai polis Gowa,” kata pegawai polis tempatan semalam.

Dihadapan polis, remaja itu mengaku tidak akan mengulangi perbuatannya.

Motosikalnya ditahan di ibu pejabat polis Gowa. Dia berdepan saman maksimum berjumlah 3 juta rupiah (RM900) kerana melanggar peraturan lalu lintas. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker