‘Sebenarnya Hidup Kita Dipermudahkan Selama Kita Bantu Suami’ – Diana Danielle

‘Sebenarnya Hidup Kita Dipermudahkan Selama Kita Bantu Suami’ – Diana Danielle

‘Sebenarnya Hidup Kita Dipermudahkan Selama Kita Bantu Suami’ – Diana Danielle

Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle memberikan pandangannya berhubung isu isteri yang membantu suami dari kewangan.Ihsan seorang isteri

‘Sebenarnya Hidup Kita Dipermudahkan Selama Kita Bantu Suami’ – Diana Danielle

Isu tersebut menjadi perhatian ramai sejak kebelakangan ini terutama di platform X dan mendapat reaksi yang berbeza daripada warganet.

Menerusi ciapannya, Diana atau nama sebenarnya Danielle Danny Beeson berpendapat bahawa tiada salahnya untuk isteri membantu suami. Bagaimanapun keputusan tersebut masih terletak di tangan isteri.



Namun jika si isteri memilih untuk meringankan beban suami, sudah pasti akan ada balasan yang baik.

Mudah sahaja sebenarnya, nak bantu..bantu. Tak nak sudah. Apa sahaja kita buat timbangan pahala dapat juga pada kita. Apa pasangan itu buat, itu timbangan dia.

Sementara itu, ibu kepada dua orang anak ini menitipkan nasihat agar setiap pasangan suami isteri tidak berpandukan kisah pasangan lain dalam mengharungi bahtera rumah tangga mereka.

Jangan sebab kita baca kisah orang lain, kita jadi keras hati sedangkan sebenarnya hidup kita dipermudahkan selama kita bantu suami dalam cara yang kita tak nampak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan Diana dan menyifatkannya sebagai seorang wanita yang berfikiran matang.

Setuju. Dulu sebelum kahwin tolong suami bayar separuh-separuh, sekarang rezeki dapat beli rumah sendiri dan suami bayarkan sebab dah stabil. Kita tolong masa dia terdesak apa salahnya.

Pemikiran matang macam ni sama macam isteri, kadang rumah banyak nak cover yang mana ada kelompongan.

Diana Danielle isteri yang baik sama seperti isteri aku, semoga kalian diberi balasan yang setimpal oleh Allah dan ganjaran syurga.

Sumber: X Diana Danielle



‘Sebenarnya Hidup Kita Dipermudahkan Selama Kita Bantu Suami’ – Diana Danielle

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker