Tiada bonus untuk penjawat awam

Oleh – Syeikh Baran


Tiada bonus untuk penjawat awam
Anwar menyantuni orang ramai semasa meluangkan masa kira-kira sejam mengunjungi Bazar Ramadan Mahkota Square hari ini. Foto Bernama

Tiada bonus untuk penjawat awam pada Aidilfitri tahun ini.

Ini kerana, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa pemberian insentif khas RM2,000 sebelum ini adalah untuk tujuan sambutan Aidilfitri.



“Yang dapat RM2,000 itu penjawat awamlah, untuk skim persaraan akan naik lagi.

“Jadi, berita terlalu baik untuk penjawat awam, RM2,000 itu (adalah) untuk raya sekalilah tu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan lawatan di Bazar Ramadan Mahkota Square di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.



Pada 15 Mac lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa agar kerajaan memberikan bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan sempena Aidilfitri.

Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat dilaporkan merayu supaya kerajaan mengekalkan tradisi bantuan khas perayaan sejak 10 tahun lalu.

Sementara itu, Anwar menjelaskan, kerajaan baharu sahaja meluluskan insentif awal kajian sistem saraan perkhidmatan awam berjumlah RM2,000 pada 28 Februari lalu.

“Kita baru lulus RM2,000 kepada penjawat awam dan ini lebih daripada tahun sudah.



“Kemudian dalam beberapa bulan ini kita akan luluskan skim persaraan, naikkan gaji,” katanya.

Sumber – SINAR HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading