Lelaki rentung Myvi terbakar

Syeikh Baran


Lelaki rentung Myvi terbakar
Anggota bomba dan penyelamat sedang mengawal kebakaran di Kilometer 23.5 Jalan Changkat Jong-Bidor, dekat Kampung Ayer Hitam, di sini, pada Sabtu.

Seorang lelaki rentung selepas kereta dinaiki terbakar di Kilometer 23.5 Jalan Changkat Jong-Bidor, dekat Kampung Ayer Hitam, di sini, pada Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd Ismail Mohd Yunus berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut jam 9.29 malam.



Katanya, sejurus itu sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan Perodua Myvi yang dipandu mangsa dipercayai terbabas di tepi jalan dan terbakar 80 peratus.

“Mangsa ditemui rentung dan disahkan maut oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mohd Ismail berkata, Pasukan Bomba Sukarela Batu 12 Teluk Intan seramai lima orang turut membantu mengawal kebakaran.



Menurutnya, operasi tersebut tamat jam 11.27 malam.

Sumber – SINAR HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading