Adilkah UMNO Di Label Parti Pelampau Bila Bersetuju Dengan Gerakan Memboikot KK Mart?
Adilkah UMNO Di Label Parti Pelampau Bila Bersetuju Dengan Gerakan Memboikot KK Mart?
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, telah membuat keputusan sebulat suara menyokong tindakan boikot Pasaraya KK Mart di seluruh Malaysia.
Keputusan UMNO telah dikecam oleh bekas ahli parlimen Sg Benut, Tawfik Ismail dan juga ahli akademi Tajuddin Rasdi dari Universiti UCSI.
DalamĀ kenyataan bersama yang dikeluarkan mereka menuduh UMNO cuba mengambil kesempatan dari isu tersebut.
“Kami amat kecewa dan meluat dengan UMNO.”
“Parti yang pernah selamatkan negara daripada gabungan politik ekstrem.”
“Kami sangat berharap UMNO perbaiki diri tetapi sekarang kami ragu-ragu UMNO boleh jadi rakan yang baik dalam kerajaan perpaduan,” kata mereka dalam kenyataan.
Benarkah UMNO kini telah bertukar menjadi sebuah parti politik ekstrim atau parti politik pelampau?
Sebenarnya isu kalimah Allah yang terdapat pada stoking adalah satu isu yang merentas parti politik.
Kalimah Allah adalah kalimah yang paling mulia bagi penganut agama Islam.
Dan ianya bukan hanya untuk umat Islam Malaysia tetapi di seluruh dunia.
Menyulam kalimah Allah pada stoking yang akan dipakai di kaki, adalah jelas bertujuan menghina kesucian kalimah tersebut dan juga agama Islam.
Bolehkah kita berdiam diri hanya kerana tidak mahu dituduh sebagai golongan pelampau?
Tidak boleh diterima begitu sahaja alasan-alasan yang diberikan oleh pengurusan Pasaraya KK Mart.
Malah YDP Agong sendiri murka dengan alasan yang diberikan oleh pengurusan Pasaraya KK Mart.
UMNO hanya mahu memberikan pengajaran yang cukup keras kepada pengurusan Pasaraya KK Mart supaya dapat dipastikan perkara yang sama tidak berulang.
Soal ianya mendapat bantahan dari DAP atau MCA adalah soal yang ke seratus.
Sekiranya isu ini berlaku di Indonesia, sudah pasti kesemua rangkaian pasaraya KK Mart sudah dibakar.
Seruan boikot adalah satu hukuman yang boleh dianggap sangat ringan.
Kepada Tawfik Ismail dan Tajuddin Rasdi, penulis mahu bertanya, siapakah tuhan kamu dan apakah agama kamu?
Adilkah UMNO Di Label Parti Pelampau Bila Bersetuju Dengan Gerakan Memboikot KK Mart?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Wan Saiful Fitnah Lagi?
- Selepas Berpuloh Tahun Rupanya Pendidik PASTI Hanya Bertaraf Sukarelawan
- Selepas Berpuloh Tahun Di Tindas, Perlukah Pendidik PASTI Marah Bila Kerajaan Mahu Membantu?