Keputusan KKM Mengiktiraf Pakar Bedah FRCS Bertentangan Dengan Akta Perubatan 1971

Keputusan KKM Mengiktiraf Pakar Bedah FRCS Bertentangan Dengan Akta Perubatan 1971

Keputusan KKM Mengiktiraf Pakar Bedah FRCS Bertentangan Dengan Akta Perubatan 1971

 

Keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuka laluan kepada lulusan FRCS  melalui program Parallel Pathway (PP) bukan sahaja berisiko terhadap rawatan perubatan.

Malah ianya bertentangan dengan Akta Perubatan 1971.



Program PP telah disokong dan dipertahankan oleh Noor Hisham sejak barisan pertama jurulatih pada 2016.

Mungkin matlamat keputusan tersebut adalah baik, untuk menambah bilangan pakar bedah di Malaysia.

Namun timbul persoalan, adakah ianya adalah harga yang perlu dibayar untuk satu anugerah?

Dengan kerjasama dengan NGO, mereka telah membuat desakan agar pengiktirafan diberi oleh Kementerian Kesihatan.



Namun permohonan itu telah ditolak kerana tidak memenuhi kriteria asas, piawaian yang diperlukan oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

Keputusan KKM Mengiktiraf Pakar Bedah FRCS Bertentangan Dengan Akta Perubatan 1971 (1)

Keputusan KKM Mengiktiraf Pakar Bedah FRCS Bertentangan Dengan Akta Perubatan 1971 (2)

 



Ironiknya, orang yang sama (Nor Hisham), telah mengeluarkan kenyataan berbeza pada 28 September 2022 atas kapasiti sebagai Ketua Pengarah Kesihatan.

Keputusan KKM akan merisikokan piawaian yang tinggi dan reputasi yang baik daripada profesional penjagaan kesihatan Malaysia.

MMC mempunyai asas yang kukuh untuk menolak pengiktirafan lulusan dari FRCS.

Terdapat persoalan terhadap kualiti latihan perubatan  yang menjadi keraguan bukan sahaja kepada MMC, malah di peringkat antarabangsa.



Malaysia bukan satu-satunya negara yang tidak mengiktiraf lulusan FRCS sebelum ini, malah beberapa negara lain juga tidak memberikan pengiktirafan.

Tetapi dilapurkan terdapat campurtangan politik dalam membatalkan keputusan yang telah dibuat oleh MMC sebelum ini.

Keputusan KKM Mengiktiraf Pakar Bedah FRCS Bertentangan Dengan Akta Perubatan 1971 (3)

 



Sumber memaklumkan, senator DAP, Dr RA Lingeshwaran, yang baru 5 bulan dilantik dikatakan telah campurtangan untuk mengubah keputusan tersebut.

Apakah agenda yang tersembunyi di sebalik pelantikan beliau?

Sebelum ini Malaysia mempunyai reputasi yang baik dalam perkhidmatan perubatan.

Malah industri pelancungan kesihatan merupakan antara sektor utama dalam menjana pendapatan negara.



Jangan dicemari dengan mengiktiraf graduan perubatan yang meragukan demi untuk merealisasikan agenda tertentu.

Lebih dari itu, ianya juga akan merisikokan nyawa pesakit sama ada dari kalangan rakyat Malaysia atau pelancung kesihatan.

 

Keputusan KKM Mengiktiraf Pakar Bedah FRCS Bertentangan Dengan Akta Perubatan 1971

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button