Siapa Presiden UMNO Selepas 2026?
Siapa Presiden UMNO Selepas 2026?
Dalam PAU 2023, UMNO sepatutnya membuat pemilihan untuk semua jawatan kepimpinan sama ada di peringkat cawangan, bahagian, mahu pun pusat.
Tetapi 2 jawatan utama, Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan selepas RoS meluluskan pindaan perlembagaan UMNO.
Maka jawatan Presiden kekal kepada DS Zahid dan jawatan Timbalan Presiden kekal kepada Tok Mat Hasan sehingga 2026.
UMNO sekali lagi akan membuat pemilihan bagi kesemua jawatan parti 2026.
Mungkin bagi kita orang biasa, perjalanan menuju ke 2026 masih lagi jauh untuk difikirkan.
Tetapi tidak kepada orang politik.
Gerakan untuk merebut jawatan politik yang diidamkan, telah pun disusun, malah digerakkan mulai sekarang.
Persoalan yang menarik untuk kita bahaskan ialah, siapakah yang akan menjadi Presiden dan Timbalan Presiden UMNO selepas 2026?
Dengan pindaan perlembagaan UMNO, MKT UMNO boleh membuat keputusan untuk tidak ada pertandingan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO pada 2026.
Alasannya sudah pastilah sama, untuk mengelakkan perpecahan bagi menghadapi pilihanraya umum 2027.
Maka 2 jawatan utama, presiden dan timbalan presiden atau hanya jawatan presiden sahaja akan dikekalkan.
Jangan lupa, dalam MKT UMNO, majoriti ahlinya adalah orang presiden.
Tidak mustahil DS Zahid akan kekal sebagai presiden, manakala Tok Mat Hasan terpaksa bersaing untuk mengekalkan jawatan.
Tetapi ada juga maklumat yang mengatakan, besar kemungkinan DS Zahid akan berundur dari politik dan memberikan laluan untuk pemilihan.
Sekiranya ini berlaku, soalannya siapakah yang dilihat berpotensi mengisi kekosongan tersebut?
Mungkinkah DS Najib Akan Menjadi Presiden Kali Kedua?
Dalam perhitungan penulis, sekiranya pemilihan dilakukan pada akhir tahun 2026, maka besar kemungkinan DS Najib sudah dibebaskan.
Sekiranya beliau mendapat pengampunan penuh dari YDP Agong, maka tidak ada halangan untuk beliau kembali aktif berpolitik.
Sekiranya ini berlaku, maka tidak ada keraguan, DS Najib pasti akan kembali menerajui UMNO untuk mengembalikan kegemilangan UMNO.
Kem Tok Mat Hasan dilihat sudah bersedia dan sudah pun memulakan gerakan, malah dikatakan mendapat sambutan baik dari akar umbi.
Tok Mat Hasan juga sudah mula mendapat keserasian di peringkat pusat berbanding sebelum ini yang hanya berlegar di peringkat negeri.
Namun, cabaran dari Naib Presiden, Johari Ghani, tidak boleh dipandang sebelah mata.
Beliau telah mencipta kejutan dalam pemilihan 2023 dan tidak mustahil membuat kejutan yang sama pada 2026.
Namun begitu, siapa juga yang akan menerajui UMNO, mesti bersedia untuk menghadapi tugas dan tanggungjawab yang sangat besar.
Kerana rumah UMNO sudah tidak sekukuh dahulu dan orang Melayu sudah ramai keluar dari berlindung di rumah UMNO.
Mampukah beliau?
Siapa Presiden UMNO Selepas 2026?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Wan Saiful Fitnah Lagi?
- Selepas Berpuloh Tahun Rupanya Pendidik PASTI Hanya Bertaraf Sukarelawan
- Selepas Berpuloh Tahun Di Tindas, Perlukah Pendidik PASTI Marah Bila Kerajaan Mahu Membantu?