Bukan Zahid, tapi Khairy yang dua kali jadi biawak hidup.

 

)

Oleh Adam Malik



Cubaan Khairy Jamaluddin untuk melabelkan Presiden Umno sebagai biawak hidup gagal kerana orang dilontarkan soalan itu Saifuddin Nasution enggan terperangkap dan bijak membaca permainan Khqiry.

Dalam menyoal Saifuddin Khairy sangat berharap SN akan akui Zahid sebagai beban dalam Pakatan Harapan dan membawa bagasi. Namun SN enggan terperangkap bahkan menafikan gelaran yang cuba dilabelkan Khairy.

Semua ahli umno yang miliki otak tahu rentetan kisah umno dan Presiden nya.

Ia bermula sebaik sahaja Tun Mahathir mencipta kes terhadap Zahid dan Datuk Seri Najib Razak.



Sambil kes dicipta kepada Zahid ,Khairy dan sekelompok pengkhianat umno tidak pula dikenakan kes walau sah terima wang menurut kenyataan saksi seperti pembuktian dalam buku ledger nya.

Malah Tun M juga turut terima wang diambil melalui wakil nya.

Nama Tun M ditulis bawah kod  “Kedahan”

Berbalik kisah diatas Khairy sebeharnya yang patut digelar biawak hidup kepada umno, bukan sekali bahkan dua kali.



Kali pertama  ketika Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri, dan kali kedua ketika bertuankan Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin dalam kelompok Kluster Broker.

Umno mendapat beban gendong biawak hidup bernama Khairy kerana Mahathir serang Tun Lah melalui Khairy seperti mana beliau serang DSNR melalui Datin Rosmah.

Ketika itu pemimpin tua tidak kenang budi umno itu menggunakan jenteranya para bloggers yang mendapat upah untuk bermain kisah ular lidi telan ular sawa (ECM Libra).

Isu loan beli saham yang diperolehi oleh Khairy melalui Kalimullah yang diketahui rapat dengan kerajaan Singapura.isu lain dimainkan oleh bloggers Tun M ada lah 3R ia itu Khairy Kamaluddin dan Kalimullah yang mengawal Tun Lah.



Namun isu tingkat empat (level 4] paling popular.

Diandaikan level empat yang campurtangan dalam urusan kerajaan.

Walaupun ada yang sekadar fitnah seperti lazim dilakuan oleh Tun M namun sangat “damaging” kepada orang umno dan sukar untuk menjawap.

Selain itu umno juga kehilangan sayap Pemuda kerana dasar setia kepada Khairy dan bukan kepada umno.



Kini usahlah konon Khairy cuba melabelkan Zahid sebagai biawak hidup.

Sayang Zahid kepada Anwar Ibrahim tetap tidak menjadi apa apa jika Muhyiddin Yassin  terima gabungan kerajaan PH PN.

Lupakah Khairy BN menang 7-0 berturut turut kerana pilihan tepat Zahid bersama PAS ketika itu sehingga PAS khianati umnol

Begitu juga pada dua PRN, Zahid juga lah Presiden nya.



Khairy juga lupa 1 juta umat Islam turun ke jalanraya protee ICERD kerana dapati Tun M gagal jaga umat Islam kerana sibuk godam hasil negara menjual aset dan jarah PETRONAS serta gadai Pulau Batu Puteh.

Kita boleh tulis berjela jela lagi terutama peranan Kluster broker   tapi cukup sekadar ini..

Sekarang, sila fikir apa akan jadi jka Tun M pilih mencipta dakwaan  terhadap Khairy , gelupor atau tidak?

Bukan sukar untuk kenali biawak hidup, berdiri sahaja dihadapan cermin pasti menjumpainya keraha dia adalah “man in the mirror”

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button