Kerajaan PAS Kelantan Beri Jaminan Masalah Air Selesai 3 Tahun Lagi, Ironiknya Sudah Berdekad Rakyat Menunggu

Kerajaan PAS Kelantan Beri Jaminan Masalah Air Selesai 3 Tahun Lagi, Ironiknya Sudah Berdekad Rakyat Menunggu

Kerajaan PAS Kelantan Beri Jaminan Masalah Air Selesai 3 Tahun Lagi, Ironiknya Sudah Berdekad Rakyat Menunggu

 

Rakyat Kelantan diminta bersabar tiga tahun lagi apabila masalah air selama lebih 20 tahun lalu akan selesai sepenuhnya pada 2027.

Exco Jawantankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Izani Husin berkata, semua loji yang dinaik taraf dan dibina akan siap sepenuhnya pada tahun tersebut.



“Jadi pada 2028 nanti, Kelantan akan mempunyai lebihan bekalan air.”

“Kerajaan negeri dalam perancangan untuk melaksanakan kerja menukar paip lama.”

“Serta yang sudah reput dan tidak mampu bertahan lagi sejauh 5,000 kilometer (km) secara beransur-ansur.”

“Sebanyak 1,000 km perlu ditukar segera.”



“Setakat hari ini kerajaan negeri hanya berupaya melakukan kerja menukar paip pada jarak 150 km sahaja dalam tempoh setahun.”

“Kerajaan negeri akan berbincang dengan PAAB dan SPAN dalam meningkatkan keupayaan untuk menukar paip-paip air tersebut.”

“Yang meluluskan SPAN, yang lantik kontraktor adalah PAAB.”

“Kita menunggu perkara ini untuk selesaikan sedikit demi sedikit.”



“Jika kita mampu lantik ramai kontraktor kerja tukar paip dari 100 km dapat ditingkatkan kepada 250 km setahun.”

“Permohonan peruntukan untuk kerja-kerja akan dibuat mengikut kemampuan,” jelas beliau.

Itu antara janji kerajaan PAS Kelantan kepada rakyat Kelantan dalam menangani isu air di negeri tersebut.

Cuma penulis tidak pasti sama ada Izani Husin ada masalah matematik atau tidak.



Menurut beliau, jarak paip yang sudah reput dan perlu ditukarkan adalah sepanjang 5,000 kilometer.

Kalau keupayaan kerja menukar paip boleh ditingkatkan, ianya berupaya menukar sepanjang 250 kilometer setahun.

Ini bermakna, ianya memerlukan 20 tahun untuk menyelesaikan sepenuhnya masalah air di Kelantan.

Formula mana yang beliau guna pakai masalah air di Kelantan akan dapat diselesaikan sepenuhnya lagi 3 tahun atau pada tahun 2027.



Mungkin beliau gunakan formula PRU 16 untuk memujuk hati rakyat Kelantan.

Rasanya tidak perlu menipu lagi sebab rakyat Kelantan sudah menunggu 20 tahun, jadi apalah sangat kalau kena tunggu lagi 20 tahun…

Kalau tak percaya, cuba tanya makcik kitab besar.

 



Kerajaan PAS Kelantan Beri Jaminan Masalah Air Selesai 3 Tahun Lagi, Ironiknya Sudah Berdekad Rakyat Menunggu

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button