Liverpool bukan pilihan terbaik Alonso

Oleh – Syeikh Baran


Liverpool bukan pilihan terbaik Alonso

Pemenang Ballon d’Or, Lothar Matthaeus berkata perpindahan ke Liverpool pada musim panas ‘bukan pilihan tepat’ untuk jurulatih Bayer Leverkusen, Xabi Alonso.



Alonso dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool, Real Madrid dan Bayern Munich, kelab di mana dia menghabiskan kariernya sebagai pemain, selepas melaksanakan tugas yang menakjubkan bersama pendahulu Bundesliga, Leverkusen.

Dalam temu bual dengan AFP dan media lain hari ini, Matthaeus berkata untuk mengikut jejak langkah pengurus semasa Liverpool, Jurgen Klopp yang akan meninggalkan kelab itu hujung musim ini, adalah sukar bagi mana-mana jurulatih dan Alonso perlu kekal bersama Leverkusen.

“Liverpool bukanlah pilihan yang tepat untuk Xabi Alonso selepas berakhir musim ini. Dia mempunyai pilihan yang lebih baik,” katanya.

Matthaeus yang menghabiskan sebahagian besar kariernya di Bayern mengalu-alukan Alonso sebagai pengganti semasa kelab itu, Thomas Tuchel tetapi mengakui Alonso perlu membentuk pasukan bersama pemain baharu di Munich.



Leverkusen sudah meraih 34 kemenangan dan seri empat kali daripada 38 perlawanan musim ini.

Dengan kelab itu berada di peringkat empat terakhir Piala Jerman dan suku akhir Liga Europa, Alonso berpeluang membawa Leverkusen meraih kejuaraan treble.

“Kenapa berpindah ke Liverpool? Kenapa dia perlu meninggalkan pasukan hebat ini yang membuatkan kami gembira seperti Barcelona 12 tahun lalu?” katanya.

Klopp mengejutkan dunia bola sepak pada Januari lalu dengan mengumumkan beliau akan meninggalkan Liverpool pada penghujung musim selepas sembilan tahun di The Reds atas alasan keletihan.



Matthaeus berkata, kejayaan Klopp di Liverpool menjadikan sukar untuk penggantinya mengikut jejak langkahnya.

“Untuk menjadi jurulatih di Liverpool selepas pemergian Jurgen Klopp bukanlah mudah kerana Jurgen adalah seorang wira, dia hebat,” katanya.

Sumber – HARIAN METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button