Messi belum fikir soal bersara

Oleh – Syeikh Baran


Messi belum fikir soal bersara
MESSI masih lincah beraksi di atas padang meskipun sudah berusia. FOTO AFP

Lionel Messi tidak akan menganggap usianya sebagai faktor penentu dalam rancangan persaraannya, kata penyerang Argentina itu, sambil menambah dia tidak mempunyai idea yang jelas apakah yang akan dilakukannya apabila bersara kelak.

Messi, yang bermain selama 17 tahun di Barcelona sebelum menandatangani kontrak dengan Paris St Germain (PSG) pada 2021 dan Inter Miami tahun lalu, akan mencecah usia 37 tahun dalam tempoh kurang tiga bulan tetapi dia menegaskan usia tidak akan menentukan bila masa untuknya menggantung but.



“Saya tahu apabila saya tidak lagi dapat beraksi dengan baik, tidak lagi menikmati atau dapat membantu rakan sepasukan (saya akan bersara),” kata Messi kepada podcast Big Time.

“Saya sangat mengenali diri sendiri. Saya tahu bila masanya dapat beraksi dengan baik dan sebaliknya. Apabila saya rasa sudah tiba masanya untuk mengambil langkah itu, saya akan melakukannya tanpa memikirkan soal usia.

“Jika saya rasa masih baik, saya akan cuba untuk terus bersaing kerana ia adalah perkara yang saya suka dan apa yang saya tahu untuk lakukannya,” katanya lagi.

Ditanya sama ada dia mula berfikir mengenai apa yang akan dilakukan selepas bersara, pemenang Ballon D’Or lapan kali itu tidak mempunyai jawapan tepat.



“Saya belum memikirkannya lagi. Buat masa ini, saya cuba menikmati setiap hari, setiap saat, tanpa memikirkan masa depan. Saya belum mempunyai apa-apa perancangan lagi.

“Saya berharap untuk terus bermain lebih lama, kerana itulah yang saya gemari. Apabila tiba masanya, saya pasti akan mencari jalan kepada apa yang dapat memenuhi kehendak saya dan apa yang saya suka,” katanya.

Sumber – HARIAN METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button