Man City tempang jumpa Arsenal

Oleh – Syeikh Baran


Man City tempang jumpa Arsenal
WALKER mengalami kecederaan ketika beraksi bersama England. FOTO AFP

Pep Guardiola berdepan krisis kecederaan pemain yang serius menjelang pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Arsenal, Ahad ini.

Pemain pertahanan Manchester City, Kyle Walker, John Stones dan Manuel Akanji semuanya masih belum pasti dapat diturunkan untuk aksi Ahad ini selepas mengalami kecederaan ketika tugasan antarabangsa.



Ederson, Kevin De Bruyne, Jack Grealish dan Matheus Nunes turut membimbangkan pengurus City, Guardiola.

Bintang England, Walker menjalani imbasan kedua kecederaan hamstring yang dialaminya ketika tewas 0-1 kepada Brazil dan mencetuskan keraguan besar menjelang pertembungan di Etihad.

Rakan sepasukan, Stones dan Akanji juga pulang dari tugas antarabangsa dengan masalah kecederaan.

Situasi berkenaan pastinya memeningkan kepada Guardiola menjelang perlawanan besar itu.



City akan mengharungi tujuh perlawanan 20 April iaitu empat perlawanan di Liga Perdana, dua perlawanan di suku akhir Liga Juara-Juara dengan Real Madrid dan aksi separuh Piala FA menentang Chelsea.

Laporan awal menunjukkan Walker boleh diturunkan apabila berdepan The Gunners tetapi kini peluang itu tampak sukar selepas City menjalankan lebih banyak ujian terhadap pemain itu.

Nasib sama juga menimpa Stones yang mengalami kecedeaan ketika England seri 2-2 dengan Belgium.

Lebih memburukkan keadaan, Akanji, yang mengisi posisi bek kanan serta menjadi pemain utama di bahagian tengah, juga masih belum pasti dapat beraksi selepas digugurkan daripada skuad Switzerland kerana mengalami kecederaan.



Sumber – HARIAN METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button