Empat maut dalam kejadian tikam di AS

Oleh – Syeikh Baran


Empat maut dalam kejadian tikam di AS
Kenderaan perkhidmatan kecemasan di tempat kejadian. – Foto REUTERS

Empat mangsa termasuk seorang remaja perempuan, terbunuh dan sekurang-kurangnya lima cedera selepas seorang lelaki melakukan tikaman rambang di beberapa tempat di Illinois, Amerika Syarikat (AS).

Polis Rockford berkata, kes tikaman itu berlaku pada petang Rabu dan seorang suspek berusia 22 tahun telah ditahan.



Kenyataan itu tidak menyatakan mengenai kemungkinan motif kejadian.

Rockford terletak kira-kira 90 batu barat laut Chicago.

Mereka yang terbunuh termasuk seorang gadis berusia 15 tahun, seorang wanita berusia 63 tahun dan dua lelaki berusia 49 dan 22 tahun.

Polis berkata, lima orang cedera, tetapi media AS memetik polis mengatakan tujuh mangsa cedera. – AFP



Sumber – BERITA HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button