Thailand keluarkan amaran susulan wabak antraks di Laos

Oleh – Syeikh Baran


Thailand keluarkan amaran susulan wabak antraks di Laos
Anthrax, yang merebak melalui bakteria dalam tanah, biasanya menjangkiti ternakan ragut dan haiwan liar tetapi boleh menjangkiti manusia. – Foto REUTERS

Thailand mengarahkan pengawasan rapi terhadap ternakan susulan penularan wabak antraks di Laos, di mana lebih 50 kes yang membabitkan manusia telah dilaporkan.

Antraks merebak melalui bakteria dalam tanah, biasanya menjangkiti ternakan dan haiwan liar tetapi boleh menjangkiti manusia dan membawa maut dalam beberapa kes.



Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin telah mengarahkan pegawai untuk memantau dengan teliti penyakit itu dan melindungi orang ramai.

Manusia boleh dijangkiti melalui spora, memakan makanan yang tercemar atau menyentuh bakteria dengan kulit yang luka, contohnya apabila mengendalikan haiwan yang berpenyakit.

Media komunis Laos telah melaporkan 65 kes yang disyaki, termasuk 54 di wilayah Champasak selatan, yang bersempadan dengan Thailand.

Kenyataan kerajaan Thailand merujuk kepada 54 kes yang dilaporkan bulan ini.



“PM telah mengarahkan menteri kesihatan awam untuk memantau dengan teliti, terutamanya berhampiran sempadan,” kata jurucakap Chai Watcharong dalam kenyataan itu.

Ia juga menggalakkan individu untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa jika mereka mendapati sebarang kelainan pada haiwan.

“Jika lembu atau kerbau anda mati secara mencurigakan, sila maklumkan kepada pihak berkuasa,” kata kenyataan itu.

Kerajaan juga menggalakkan mereka yang telah mengendali haiwan sakit untuk segera berjumpa doktor.



Thailand tidak mempunyai laporan kes jangkitan antraks terhadap manusia sejak 2001.

Menurut kementerian kesihatan awam, jumlah paling banyak yang pernah dilaporkan dalam satu tahun ialah 102, pada 1995. – AFP

Sumber – BERITA HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button