Pihak Yang Menentang KP UMNO Dalam Isu Stoking, Sila Lihat Video Ini

Pihak Yang Menentang KP UMNO Dalam Isu Stoking, Sila Lihat Video Ini

Pihak Yang Menentang KP UMNO Dalam Isu Stoking, Sila Lihat Video Ini

 

Tindakan tegas Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal, dalam isu stoking masih lagi menjadi perbualan hangat.

Menurut Dr Akmal, tindakan boikot Pasaraya KK Mart adalah perlu sebagai pengajaran kepada pihak lain supaya menghormati sensiviti agama.



Penulis juga bersetuju dengan pendirian beliau bahawa isu ini bukanlah isu perkauman, tetapi ianya adalah isu mempersendakan akidah umat Islam.

Memang benar, pihak berkuasa telah mengambil tindakan dan pihak pengurusan juga telah diheret ke mahkamah.

Tetapi, adakah kita sebagai umat Islam perlu berdiam diri?

Dalam pertuduhan yang dibacakan di mahkamah, pihak pengurusan Pasaraya KK Mart dan juga syarikat pemborong telah mengaku tidak bersalah.



Persoalannya, di manakah keikhlasan pihak pengurusan KK Mart yang kononnya meminta maaf secara terbuka?

Jujurkah mereka bila berjanji tindakan segera akan diambil untuk memastikan perkara yang sama tidak berulang?

Pihak Yang Menentang KP UMNO Dalam Isu Stoking, Sila Lihat Video Ini

Belum reda kemarahan umat Islam mengenai isu stoking, serbuan pihak KPDN & KSH di Pasaraya KK Mart Jementah mendapati arak tidak diasingkan dari minuman lain.



Malah pihak berkuasa juga mendapati ada arak yang disorok dalam premis tanpa lesen yang sah.

Bukankah ianya melanggar undang-undang?

Jadi, di mana keikhlasan dan kejujuran mereka dan di mana salahnya Dr Akmal bila terus berkeras supaya gerakan boikot diteruskan?

Penulis ada mendapat hantaran video tentang sikap rakyat Ireland yang bukan sahaja memboikot tetapi mengeluarkan semua produk dari Israel dari pasaraya.



Tindakan mereka bukanlah disebabkan penghinaan kepercayaan mereka, tetapi ianya berasaskan kepada kemanusiaan.

Mereka membantah kezaliman Israel kepada penduduk Gaza di Palestin.

Dan mereka sepakat di dalam gerakan memboikot produk dari Israel.

Tetapi kita di Malaysia?



Ada pihak yang kononnya berfikiran waras dan terbuka membantah tindakan keras diambil bila kalimah Allah dihina.

Malah ada pula yang cuba merasionalkan perbuatan tersebut.

Lebih malang lagi, yang terlebih vokal menentang mengaku beragama Islam dan berkiblatkan Kaabah.

Rasionalkah kamu?



 

Pihak Yang Menentang KP UMNO Dalam Isu Stoking, Sila Lihat Video Ini

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button