AMK gesa Dr Akmal bertanggungjawab

 

Oleh Pena Merah

AMK gesa Dr Akmal bertanggungjawab
Dr Muhammad Akmal Saleh (kiri) dan Nabil Halimi.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh, mengambil tanggungjawab atas ketegangan masyarakat yang masih berlarutan kesan kempen boikot yang dilancarkan oleh Pemuda UMNO terhadap kedai serbaneka KK Mart.

Ketua Penerangan AMK, Nabil Halimi, berkata seorang pemimpin politik harus meredakan ketegangan kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.



“Kami sudah tegaskan sebelum ini bahawa, seorang pemimpin politik harus meredakan suhu api ketegangan kaum dalam masyarakat kita yang majmuk dan bukan sebaliknya.

“Namun, Dr Akmal seolah-olah masih berdegil dan sehingga kini beliau masih berdalih dan tidak mengakui kesan disebabkan keghairahan dan keterlanjurannya dalam isu ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini

Nabil berkata, agama Islam harus ditegakkan dengan hikmah dan bukannya dengan kemarahan yang berlebihan.

“Janganlah kerana sikap melampau kamu, negara ini binasa,” katanya



Beliau berkata, pemimpin muda harus radikal menjadi penyatu idealisme bangsa Malaysia dan bukannya menjadi pemecah fabrik sosial

“Justeru, AMK menyeru seluruh masyarakat untuk kekal bertenang serta beri ruang dan kepercayaan yang sepenuhnya kepada polis menjalankan tugas mereka dalam menyelesaikan kes ini.

“Kekalkan keamanan dan kerukunan hidup aman damai yang sekian lama sudah menjadi asas dan kekuatan negara kita yang berbilang bangsa,” katanya. – Berita Harian




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading