Dibunuh selepas keluar parti, sertai kerajaan
Dibunuh selepas keluar parti, sertai kerajaan

Mexico City: Datuk Bandar Churumuco di Michoacán, Mexico terbunuh selepas ditembak pada malam Sabtu.
Pejabat pendakwa wilayah mengesahkan, Guillermo Torres, 39, dan anak lelakinya yang berusia 14 tahun diserang dengan tembakan di sebuah restoran di Morelia, ibu kota Michoacán.
Kanak-kanak itu terselamat manakala ahli politik itu meninggal dunia selepas dibawa ke hospital untuk menerima rawatan perubatan.
Wilayah ini dilanda keganasan yang dikaitkan dengan jenayah terancang.
Torres memenangi pilihan raya menerusi Parti Revolusi Institusi (PRI) namun beliau baru-baru ini meninggalkan kumpulan itu dan menyertai parti pemerintah Morena, menurut akhbar tempatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pihak Yang Menentang KP UMNO Dalam Isu Stoking, Sila Lihat Video Ini
- Tuduhan Takiyuddin Terhadap Kerajaan Sangat Serius
- 𝗧𝗣𝗠 𝗨𝗠𝗨𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔 𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝟲𝟰𝟬𝟬 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗦𝗟𝗜
Jenayah itu berlaku di tengah-tengah kempen pilihan raya untuk pilihan raya presiden pada 2 Jun, di mana 20,000 jawatan tempatan dan persekutuan dan keseluruhan Kongres dwikameral juga akan diperbaharui.
Kejadian sama berlaku pada 26 Februari, apabila Miguel Ángel Zavala Reyes dan Armando Pérez Luna, calon Morena dan Parti Tindakan Kebangsaan (PAN) untuk Datuk Bandar Maravatío, juga di Michoacán, dibunuh.
Sejak 4 Jun 2023 hingga 26 Mac tahun ini, 50 orang direkodkan dibunuh dalam episod keganasan pilihan raya apabila 26 daripadanya bertanding untuk jawatan yang dipilih, kata perunding Laboratorio Electoral dalam laporan terbarunya.
Michoacán, pengeluar utama avokado, tempat pergaduhan berterusan antara kumpulan jenayah terancang termasuk Jalisco New Generation Cartel (CJNG) yang berkuasa.
Pada penghujung Februari, empat tentera terbunuh dan sembilan lagi cedera dalam serangan dengan bahan letupan terhadap peronda tentera di perbandaran Aguililla.
Mexico, dengan 126 juta penduduk merekodkan lebih 450,000 pembunuhan sejak 2006, kebanyakannya dikaitkan dengan pertubuhan jenayah.
Dibunuh selepas keluar parti, sertai kerajaan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PADU Atau Rafizi Yang Gagal?
- Apakah Ada Dalang Di Sebalik Isu 3R Yang Semakin Berleluasa?
- Menteri Mesti Elakkan Kenyataan Kontroversi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :